Sunday, 24 March 2019

Penalti Kepada Drebar Grab Bakal Dilaksanakan Pula?

Kekecohan berlaku kebelakagan ini di mana timbul rasa ketidak-puas-hatian di kalangan pengguna Grab apabila penalti bakal dilaksanakan hujung Mac 2019.
Akibatnya, Grab begitu panik sehinggakan terpaksa menggubal kaedah secara berhalus. Ketua Operasi Grab Malaysia diarahkan memberi penjelasan baik kepada media massa, blogger mahupun para muka buku.

Bagi saya, kita di Malaysia mempunya alternatif seperti MyCar, Dacsee, Maxim, Jomrides, Quulo, Mula dll atau paling meyakinkan ada di seluruh Malaysia, kompeni anak tulen Malaysia, MyCar.

Ok, berbalik kepada tajuk, setelah meneliti hujahan dan penjelasan terdesak ini, anyaranya kadar peratusan pembatalan lewat dan pembatalan tidak hadir di dalam paten yang dikenalpasti adalah 0.5% dari jumlah semua trip. Katalah untung Grab RM100 juta dari 10 juta penumpang melengkapkan perjalanan, ditolak kepada pemegang saham bersyarat iaitu Uber RM27 juta, berbaki RM73 juta.
Ini bermakna sebanyak 526,315 pembatalan berpampasan sebelum ini dengan jumlah pampasan sekitar RM1.6 juta telah dibayar kepada pemandu dalam dalam setahun. Angka ini adalah anggaran. Mungkin lebih RM50 juta berdasarkan rekod pencapaian decacorn (capai lebih 1 billion USD) pada tahun 2018.

Oleh kerana itu, penalti ini dipindahkan kepada penumpang. Awak kena bayar atas kesalahan awak. Itulah motto yang jelas di dibalik semua ini.

Sekarang rujuk kepada gambar ini. Terima kasih Paul Tan atas gambar ini.

Pembatalan Lewat

 1. Dari masa tempahan dibuat, penumpang dibenarkan batal tempahan seawal 5 minit

2. Minit ke 5 hingga minit ke 13, jika batal, akam dikenakan penalti RM3-RM5. Selepas 14 minit, tiada penalti.

Ok, penumpang harus tunggu 14 minit untuk batalkan tempahan. Driver yang dalam perjalanan pula harus tawakal.

Pembatalan Tidak Hadir
1. Dari tempoh masa booking, penumpang ada masa 5 minit untuk batalkan tempahan jika driver tidak muncul.

2. Jika drebar telah muncul, penumpang kena naik naik dalam masa 5 minit.

3. Jika tidak naik atau tidak muncul dalam 5 minit, penumpang dikenakan penalti RM3-RM5.

Ulasan dari dua situasi
1. Kadar penalti menjadi begitu helah dan meragukan. Adakah ada jerat bagi dua pihak?

2. Pemandu akan kecewa kerana sudah hampir tiba tetapi pembatalan tanpa penalti, telah berlaku.

3. Penumpang pula akan kecewa kerana pemandu tidak muncul. Di dalam app sudah dekat, tetapi tidak rapat. Atau mungkin salah sedikit sahaja lokasi. Maka, apakah tindakan Grab seterusnya bagi menghukum drebar seperti ini? Lihat gambar di bawah:
Laporkan terus, drebar yang bermasalah ini. Tindakan bakal diambil.

Justeru, selepas melihat cetak layar terakhir, apakah akan berlaku?
Lepas penalti kepada rider, pelan selanjutnya.. tunggu penalti pada drebar. Penumpang pun berhak dapat RM3-RM5 kalau drebar buang masa. Dompet kredit pemandu akan dipotong sebagai denda wajib dan akan dibayar pampasan kepada penumpang yang "masa"nya telah digoreng masak kicap.

Solusi
Elakkan monopoli. MyCar kini di Malaysia. Anda penentu masa hadapan Malaysia.
Mungkin Dacsee, Maxim, Mula, Quulo dll juga boleh dipilih. Tetapi berita baiknya, MyCar telah berubah wajah pada pertengahan Mac 2019 baru-baru ini di samping ada menawarkan kod promo MYCARBEST dan bakal melancarkan bonuslink sebagai ganjaran anda.

Monday, 18 March 2019

Penumpang Grab Malaysia Dikenakan Penalti

Penumpang Grab Malaysia Dikenakan Penalti berkuatkuasa 29 Mac 2019. Adakah ini berita menggembirakan?
Sudah tentu!
Pampasan Pembatalan RM3.00 hingga RM5.00 akan dicajkan kepada penumpang apabila:

1. Penumpang membatal tempahan selepas 5 minit; atau

2. Penumpang tidak muncul untuk tempahan mereka dan anda membatal tempahan tersebut dengan menggunakan sebab “Penumpang Tidak Muncul”. Penumpang ini membuat tempahan tetapi tidak berada dilokasi menaikkan penumpang.

Contoh cetak layar aplikasi pemandu

Pemandu Grab yang bernasib malang akan dianugerahkan RM3.00 manakala pemandu Grab seterusnya akan "paw" RM3.00 dari penumpang yang dianggap bermasalah ini. Penumpang ini tiada hak untuk mempertahankan kesilapannya dan wajib membayar cas cas penalti RM3.00.
Katalah tambang sepatutnya RM5.00, penumpang ini wajib bayar RM8-10 atas arahan pemandu. Bagi yang menggunakan GrabPay, ia akan ditolak otomatik.
Pemandu yang diarahkan paw ini, akan dicas RM3.00 hingga RM5.00. Jika pemandu ini tidak mahu kutip penalti, dia akan rugi RM3.00 hingga RM5.00 pada tempahan tersebut.


ServisCaj Pembatalan
GrabCar, JustGrab, JustGrab (for Airport), GrabShare, GrabTaxi (Metered and Executive), GrabCar (Mandarin), GrabCar PlusRM 3
GrabCar (6-seater), JustGrab (6-seater), JustGrab (10-Seater)RM 4
GrabCar (Premium), GrabCar Luxe (Vellfire for Airport)RM 5
Perkembangan ini sejajar dengan sambutan Grab yang hangat dari pengguna setelah setahun Uber memiliki 30% saham dari Grab sebagai perjanjian keluar dari Asia Tenggara.

Sumber tambang naik : https://www.grab.com/my/blog/driver/pengemaskinian-polisi-pembatalan/

MyCar Sebagai Alternatif
Sebagai alternatif, penumpang boleh beralih kepada MyCar. MyCar kini ada di seluruh Malaysia.
Download MyCar di http://onelink.to/MyCarApp

Kelebihan MyCar ialah ori Malaysia. Tambang berpatutan bahkan ada di mana-mana. Sebagai contoh, di Temerloh tiada liputan Grab, jangan risau MyCar ada. Di Kemaman, Dungun, Mersing, Muar.. MyCar telah beroperasi bahkan di Sabah dan Sarawak.


MyCar turut mempromosikan MYCARBEST sempena bakal pelancaran aplikasi versi baharu dijangka pada April 2019.
MyCar juga telah bekerjsama dengan MIHAS, LIMA 2019 dan MALINDO AIR. Bahkan akan memperkenalkan pungutan mata ganjaran bonuslink, TouchnGo Pay, Lazada dll dalam tahun ini menurut kata-kata CEO dan Founder MyCar, Encik Mohd Noah. Sokong produk buatan Malaysia.

Anda memilih, keputusan di tangan anda.

Wednesday, 13 March 2019

MyCar Ke Arah Lebih Gemilang 2019


Ok, cerita sikit bagaimana pertama kali Grab dapat pelabur pada 5 tahun lepas.
Grab berjaya dapatkan jumlah download keseluruhan sebanyak 1 juta di google play. Kepercayaan pelabur, mula wujud. Bahkan Khazanah Holding turut diarahkan oleh PM kita masa tu untuk melabur pada Grab tapi masa tu orang tak yakin lagi. So kompeni Singapore melabur, jadilah ia barang Singapore tanpa dakwa dakwi lagi. Pelaburan siri A dari vertex. Sekarang Grab sedang tinjau pelabur siri H selepas siri G melabur RM10 billion (Softbank, didi dan Toyota).

Ok, asal mula ceritanya, 1 juta download di google play. Maka, itu signal pelabur akan berminat. Saya tinjau, MyCar sekarang ada 500k downloader di play store. Itu bermakna, dalam tempoh terdekat, MyCar akan dapat pelabur gergasi siri A.

Apa yang perlu kita buat dan bantu? Online dan promot MyCar. Sama-sama kita jadikan MyCar sebagai produk Malaysia. Inisahaja yang kita mampu supaya MyCar dapat achieve target dan sebelah kita pula, beleping-leping, insya Allah.


Sunday, 24 February 2019

Mengapa Membenci MyCar?

Assalamualaikum dan dan salam sejahtera.
Kebelakangan ini, ramai drebar Grab mengeluh ping Grab yang semakin berkurangan dan tak kurang juga mengutuk MyCar menjadi penyebabnya.

Ok, kita tinjau dulu perbezaan harga Grab dan MyCar secara amnya.

Grab RM11 vs MyCar RM10
Grab RM210 vs MyCar RM230

Mycar didapati bersaing pada harga kecil di mana beza harganya dengan Grab di antara RM1 hingga RM3. Strategi ini kerana MyCar ingin pengguna e-hailing yang gemar menggunakan e-hailing untuk jarak yang dekat beralih kepada MyCar. Persoalannya, adakah ia menguntungkan pemandu?

Soalan ini terjawab apabila semua pemandu e-hailing sedia maklum bahawa:

 Grab sebuah kompeni Singapura ini, gemar menyekat atau menggantung akaun rakan-pemandunya tanpa sebab dan alasan. 

Kebanyakkannya kerana mendapat tempahan sama, saman pandu laju, aduan tidak adil oleh penumpang dan nilai pengkadaran yang ketat.
Maka, di sini wujud MyCar yang lebih bertoleransi!
Lagipun, bagi pemandu, jika akaun Grab mereka disekat atau digantung, mereka akan kehilangan mata pencarian. Jika mereka tidak bermula dari sesekarang iaitu memecahkan monopoli, mereka juga alan rugi. Maka sebahagian dari mereka mula mempromot aplikasi pemandu pesaing sejurus selepas Grab yang tamak haloba ini, menghalau Uber keluar dari Asia Tenggara khususnya Malaysia.
Tak dinafikan sebelum keluarnya Uber, ada aplikasi lain seperti Zepp-On tetapi kerana ada dua gajah berkelahi, kancil mati di tengah-tengah.

Sejurus kalahnya Uber, maka keluarlah kancil dari lubuknya berjemaah. Antaranya:

MyCar Quulo, Jomrides, Dacsee, Mula, Maxim, Ezcab dan lain-lain lagi sehingga mencecah angka 30 jenis perkhidmatan.

Tetapi, yang lebih maju ke hadapan adalah MyCar. Hampir di segenap sudut di Malaysia, MyCar mempunyai rakan-pemandu bahkan di tempat kawasan gelap Grab seperti di Bukit Besi, Cameron Highland, Raub, Janda Baik, Gua Musang, Mersing.. semuanya dikuasai MyCar.

Namun timbul isu baharu iaitu:

MyCar buang harga. Grab tikam pemandu, MyCar bunuh pemandu terus

Konspirasi ini dicetuskan oleh pemandu dan Alpha sendiri. Alpha Grab yang menjana pendapatan melalui rujuk rakan pemandu baharu, mungkin terasa sedikit tergugat apabila kurangnya pendaftaran baharu sehingga mereka tidak dapat kekalkan pendapatan RM1000 sebulan minimum.
Bagi pihak pemandu Grab, mereka terasa pendapatan mereka menyusut (padahal sebelum ini, mereka gemar abaikan tugasan ikan bilis). Soalannya:

Kenapa suka kompeni Singapura berbanding kompeni anak Malaysia

Inilah soalan cepu emas. Jawapannya mudah. Dalam aplikasi Grab, tambangnya bukan tetap tetapi dinamik bergantung kepada permintaan. Tambangnya akan aaik antara satu hingga tiga kali ganda. Pemandu Grab sangat suka, apabila tambang menjadi tinggi. Ibaratnya, esok boleh naik haji. Kononnya mereka tidak mahu buat kerja amal sedangkan ternyata wujudnya harga tambang tinggi kerana mereka sendiri sabotaj dengan mengabaikan tugas berkali-kali atau pakatan bersama untuk di luar talian atau pakatan bersama menetapkan My Destination. Nah.. perangai seperti abang teksi juga akhirnya.

PSV, Medical Check-up, Puspakom, Pemandam Api, Kereta 3 Bintang Asean NCAP

Ada berbaki 5 bulan lagi untuk semua ini. Ingatlah, sama-sama majukan MyCar. Kenaap tidak kesemuanya dahulu?
Kerana Bandar Kecil tidak mampu menerima benda baharu sekelip mata. Kerana reputasi MyCar yang bagus dan perkhidmatannya yang yang wujud seluruh Malaysia, maka ada eloknya menaikkan MyCar dahulu. Bagi Bandar Besar seperti Lembah Kelang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching, tidak mengapa kerana semestinya rakyat di sana maju ke hadapan. Bagi bandar kecil, perlunya kita masukkan satu pesaing yang kukuh iaitu MyCar. Lihat sahaja Kuantan mewakili Pantai Timur yang kini sudah memilili 5 perkhidmatan e-hailing yang mana ia setelah Uber keluar, ia bermula dengan Mula kemudian MyCar dan terbaharu adalah Maxim sedangkan bandar Kecil yang lain hanya ada Grab dan MyCar, ada juga tempat yang ada Grab tetapi tiada MyCar.

Bayangkan kalau akaun pemandu anda disekat/gantung?

Ambil pengajaran di sini. Ramai yang melutut merayu apabila akaun Grab mereka disekat. Kenapa? Kerana sebelum ini mereka sombong, tidak mahu menaikkan MyCar atau pesaing di tempat mereka.

Anda pula bagaimana?




Berminat untuk menjadi Driver MyCar?
Email maklumat dibawah kepada
*SUBJECT : MYCAR DRIVER REGISTRATION*
Jika berminat mendaftar sebagai sahabat pemandu MyCar, sila isi maklumat di bawah untuk pendaftaran MyCar :
*SILA ISIKAN DENGAN HURUF BESAR*
1. NO H/PHONE :
2. NAMA PENUH :
3. No IC :
4. EMAIL :
5. ALAMAT PENUH SEMASA:
6. KAWASAN OPERASI :
7. TARIKH TAMAT TEMPOH LESEN :
8. NO LESEN MEMANDU:
9. NO PLATE KERETA :
10. JENIS KERETA( ECO/MPV/PREMIUM):
11. MODEL KERETA :
12. TAHUN BUATAN KERETA :
13. WARNA KERETA :
14. TARIKH TAMAT TEMPOH CUKAI JALAN :
ZONE PEMANDUAN (BOLEH PILIH 3 NEGERI) :
*ATTACH FILE*
Copy of Identification Card
Copy of License
Copy of Insurance Cover Note
Email maklumat dibawah kepada register@mycar.net.my
Anda akan di hubungi sekiranya Pendaftaran anda sebagai pemandu MyCar berjaya.
_SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON_
1. Kereta 2010 keatas sahaja
2. Lesen memandu penuh (Lesen *P* tidak diterima)
3. Jika bukan pemilik kenderaan, pastikan nama pemohon terdapat dalam insurance
4. Sihat tubuh badan
5. Tiada rekod jenayah
_Terima kasih kerana memberi sokongan kepada MyCar_
*p/s: JANGAN DEDAHKAN MAKLUMAT ANDA DIDALAM MANA-MANA GROUP*
*SILA PASTIKAN SEMUA MAKLUMAT LENGKAP UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PENDAFTARAN*
*SETIAP GAMBAR/FILE YANG DI SERTAKAN WAJIB DALAM KEADAAN JELAS DAN BOLEH DIBACA*
*SIZE FILE YANG DISERTAKAN TIDAK MELEBIHI 2MB SETIAP FILE*

Tuesday, 5 February 2019

MyCar bakal dapat kemaskini aplikasi berbeza dan baharu

MyCar bakal dapat kemaskini aplikasi berbeza dan baharu. Ia lebih kemas, teratur dan lebih mesra. Ini adalah tahun kedua MyCar dan perubahan drastik ini seiring demgan sambutan pengguna. 
Mari kita tinjau serba sedikit antara muka (interface) aplikasi pemamdu dan penumpang.

1. Aplikasi pemandu:




2. Aplikasi penumpang.




Saturday, 2 February 2019

Grab diambang kejatuhan?

MyCar kini setahun jagung, tetapi telah maju maju ke hadapan

Apakah ini petanda Grab akan tenggelam seperti Nokia?

Grab yang berpusat di Singapura, menjadi produk Singapura tersohor. Tetapi di Indonesia, ia dikalahkan oleh Go-Jek. Insya Allah di Malaysia, dikalahkan oleh MyCar.

Anda tidak yakin?



Daftar pemandu MyCar? Pilih negeri Terengganu then pilih kompeni: mycarkemaman atau dungun
Nombor lesen ada di belakang lesen anda.
Daftar secara mudah di:

https://sea.qupworld.com/driverregistration/mycar

SEMAKIN RAMAI MENDAFTAR SEBAGAI PEMANDU MYCAR DI MALAYSIA

Syarat mudah:
✔Rakyat Malaysia IC biru
✔Ada kereta tahun 2010 & ke atas 9bermula Julai 2019, hanya kenderaan 2013 sahaja dibenarkan)
✔Nama ada dlm insurance kereta
✔Lesen memandu D penuh
✔Bebas rekod jenayah

Jadilah MyCar Driver:⤵⤵⤵
Pergi ke laman web: https://mycar.net.my/
atau https://sea.qupworld.com/driverregistration/mycar

Step 1: Bahagian menu, tekan driver dan jadi pemandu

Step 2: isi butir peribadi, negeri dan pilih kompeni (shahmiza)

Step 3: Tunggu pengesahan dan muat naik dokumen. Tunggu akaun aktif

Hubungi MyCar melalui whatsapp untuk pengesahan selepas upload semua dokumen sebagai pemandu:
☎ http://wasap.my/+60109186810

Atau

Selepas upload ic, lesen, covernote dan selfi, hubungi nombor Khidmat Pelanggan MyCar di
+60376616208
(Seeloknya waktu malam, kurang sibuk)

Saturday, 26 January 2019

Mesyuarat Grab DAM dengan Alpha KV City

Kemas kini Peraturan Baharu dari hasil Mesyuarat Grab bersama Alpha Lembah Kelang Mesyuarat 26 Jan 2019

Jurucakap:  Pengurus Pengambilan Pemandu Grab

PSV
• Sukatan pelajaran untuk institut memandu masih tertangguh dan belim dimuktamadkan untuk e-hailing
• tunggu pengumuman rasmi, nasihat dan arahan selanjutnya dari Grab terlebih dahulu
• Grab sedang berusaha untuk melantik jurulatih dalaman untuk meringankan beban pemandu sekaligus cuba mengelakkan dari membayar apa-apa yuran tersebut juga.

Puspakom
• tidak diketahui keputusannya
• tunggu arahan rasmi dari Grab.

Pemeriksaan Kesihatan
• wajib untuk semua pemandu
• Grab sedang mencari klinik panel dari klinik / hospital untuk mendapatkan bayaran yuran pemeriksaan yang munasabah.

Insurans E-hailing
• Ianya terlalu mahal
• Grab sedang bekerjasama dengan agensi Insurans sedia ada dan mencari jalan penyelesaian yang paling sesuai untuk semua pemandu (penuh dan sambilan) pada harga yang berpatutan

Perkeso (Socso)
Pemandu melanggan secara peribadi melalui pejabat Perkeso dengan kesedaran diri sendiri.

Lain-lain
Myvi & Axia boleh diguna sebagai kenderaan Grab.

Terakhir, Grab bekerja sangat keras di belakang tabir untuk menjamin keselesaan dan memberi kemudahan untuk semua pemandu Grab

- dari Team Grab (Nimrod & Chevlyn)