Pages

Subscribe Twitter Facebook

Monday, 28 August 2017

Kursus Pemandu Grab

Setiap pemandu grab wajib memgambil ujian di bit.ly/Akademigrabcar sebaik sahaja mendaftar diri sebagai pemandu sama ada daftar melalui alpha recruiter mahupun secara online (kiosk).

Masuk ke dalam ujian


Pilih kursus pemandu.
Sila menonton 'Grab Driver Training Video', meniliti GrabCar Driver Manual, dan habiskan Kuiz untuk melengkapkan Kursus Pemandu Grab. Setelah selesai, anda akan menerima e-mel pengesahan dan Grab akan merekod butiran skor anda.

Tekan take course

Daftar akaun baharu dengan emel pemandu grab.
Jika anda gagal dan mahu duduki semula ujian, tekan I have an account.

Masukkan diri (sign in)

Tekan start untuk mulakan ujian.

Step 1; Sila tekan pada 'Complete Step' di bawah Video untuk melangkapkan bahagian ini. Tekan next.

Ingat, complete step dan next.

Step 2; Kamu boleh memuat turunkan Panduan Pemandu GrabCar dalam bentuk PDF dari link di bahagian bawah. Semasa membuat pengesahan and pengaktifan akaun pemandu, anda patut menerima manual versi bercetak juga. Sila juga muat turn dan meniliti Driver Penalty Guideline. Tekan 'Complete Step' untuk melengkapkan bahagian ini.
Kemudian tekan next.

Ada pdf untuk dimuat turun

Ingat, tekan complete step dan next button


Step 3; ambil ujian. Setiap ujian yang telah dijawab hendaklah tekan butang SUBMIT ANSWER.
Pastikan markah anda 20/20.
Akhir sekali tekan complete step. Tamat ujian.

Ingat setiap soalan yg dijawab hendaklah tekan submit answer.
Ingat, selepas menjawab semua soalan, tekan complete step.

Bahagian ini akan muncul di ruangan about.

Kalau tak nak tonton atau baca, pastikan step 1&2 di tekan butang complete step. Tunggu button next diisi (loading) dan akan keluar button next.

Itu sahaja tip untuk ujian.
Borang pendaftaran di 

Jika lulus, anda akan mendapat emel yang berbunyi:
Congratulations on completing the GrabCar Online Training & Quiz!

Untuk mengambil semula ujian sekiranya pengaktifan anda gagal lerana ujian tertangguh, tekan bahagian path seperti gambar di bawah


JAWAPAN UJIAN
Nota dan jawapan ujian grab adalah seperti berikut:

Misi grab bukannya mengaut keuntungan sebanyak boleh.

Saya tidak boleh mendapat pendapatan dengan memaksa penumpang menbayar ekstra ketika kesesakan jalan raya kerana kadar tambang adalah tetap.

Penumpang dan pemandu dilindungi insurans jika berlaku kemalangan ketika sedang bertugas
Sekiranya penumpang tidak mahu menggunakan tol, cuba jelaskan kelebihan menggunakan waze/maps. Jika mereka enggan, ikuti sahaja kemahuan mereka.

Jika mereka bersikap kasar, cuba tenangkan dan fahami masalah mereka.

Jangan memecut ketika lampu isyarat kuning dan merah. Patuhi isyarat dan arahan lalu lintas. Jangan masuk lorong bas/teksi.

Apabila menerima tempahan, sentiasa menghubungi penumpang untuk memberitahu masa ketibaan anda sama ada melalui sms atau menghubungi terus.

Jika ikon grab saya hijau (online), saya alihkan kepada offline jika saya ke tandas atau sedang makan atau tidur. Jika tidak, akan berlaku pengabaian tugas (ignore job) dan ia akan menjatuhkan peratusan kadar penerimaan (Acceptance Rate) saya.

Baki kredit saya perlu mencukupi kerana grab akan menolak 25% setiap tempahan pelanggan. Kredit ini boleh di beli di e-pay (Grab).

Tempahan grabpay adalah tidak termasuk bayaran tol tetapi enumpang harus membayar tol mereka.

Ikon Grabpay bermaksud, saya tidak mengutip duit atau apa-apa dari penumpang kerana ia dimasukkan ke dalam e-dompet tunai (cash wallet) saya secara otomatik.

Saya perlu menambahkan jumlah tol semasa akhir perjalanan di dalam aplikasi, Penumpang perlu membayar tol.

Kadar penerimaan (Acceptance Rate) mengakibatkan insentif saya akan terjejas jika di bawah 90%
Kitaran bayaran mingguan (payment cycle ialah setiap Isnin.

Insentif saya dibayar sebelum hari Rabu. Ia ditunaikan pada hari Jumaat (Maybank) atau Isnin (jika bukan Maybank)

Dompet hutang (Credit wallet) tidak sama dengan dompet tunai (cash wallet). Dompet hutang digunakan untuk menolak 25% dari tambang anda manakala dompet tunai adalah duit yang anda boleh tunaikan di bank mengikut kitaran mingguan. Contohnya, penumpang melakukan tempahan tunai (cash), saya akan mendapat semua tambang itu tetapi 25% akan ditolak melalui dompet hutang.

Penggantungan akaun anda hanya berlaku jika anda bersikap biadap dengan penumpang.

Akuan memandu saya akan digantung dan saya perlu menjalani latihan semula jika bintang saya jatuh menjadi 4 bintang keseluruhan.

Jika saya batalkan lebih daripada 30% kerja (job) dalam seminggu, saya akan digantung selama 5 hari.

Untuk kes kecemasan dan keselamatan, saya perlu menghubungi +60182632340

Jangan tiru!!!!! saya suruh baca dan hafal kerana ia berguna suatu hari nanti.

Kemaskini ujian Grab pada November 2017.
Di dapati, grab telah mengubahsuai ujian baharu yang lebih cenderung kepada etika dan undang-undang.

Semasa memandu dengan Grab, saya harus memakai kemeja T, seluar panjang, dan kasut

Kedua-dua pemandu dan penumpang tidak dibenarkan merokok di dalam kereta

Sekiranya penumpang memerlukan bantuan untuk memuatkan barangan, saya akan membantu penumpang memuatkan barangan tersebut

Apabila penumpang masuk ke dalam kereta, saya akan mulakan perbualan biasa dan perhatikan reaksi penumpang jika dia berminat berbual atau tidak

Saya tidak boleh cium penumpang sebagai tanda selamat tinggal ketika mereka meninggalkan kereta

Teks penumpang dengan mengatakan 'Hi' selepas perjalanan telah selesai adalah tidak boleh!

Sekiranya penumpang tertinggal barang, saya sepatutnya:
Kembalikan item yang dijumpai ke pejabat Grab, menghubungi pusat khidmat pelanggan Grab dan memaklumkan perkara tersebut dan memaklumkan penumpang bahawa barang dia telah dijumpai / serahkan barangan tersebut kepadanya

Sekiranya penumpang menyuruh saya memandu lebih laju (iaitu untuk memecut), melanggar lampu merah atau membuat pusingan U yang menyalahi undang-undang, saya sepatutnya memandu mengikut had laju dan patuhi semua peraturan lalu lintas

Semasa memandu, saya tidak boleh melayari internet dan berbual dengan kawan-kawan saya di telefon.

Saya tidak sihat, saya patut rehat sehari

Saya harus peka tentang persekitaran dan reaksi penumpang yang berada di dalam kereta untuk tujuan keselamatan

Kekotoran/sampah di dalam kereta akan memberikan apa-apa kesan kepada saya melainkan jika penumpang melaporkan isu itu kepada Grab. Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang bersih secara dalaman dan luaran. Periksa dan servis kenderaan anda dengan kerap untuk mengelakkan kerosakan / kemalangan akibat penyelenggaraan yang tidak memuaskan.

Saya terambil/tersilap menerima tempahan, saya sepatutnya Menghubungi penumpang dan meminta maaf kepadanya kerana tidak dapat menyelesaikan tugas itu dan memaklumkan kepada mereka bahawa saya akan membatalkan job tersebut..

Pemandu tidak dibenarkan memilih tempahan. Jika anda sudah sedia menerima tempahan (Online), apa-apa sahaja tempahan yang terpapar haruslah diambil. Tidak boleh memilih tambang mahal sahaja.

Jika saya memerlukan wang yang lebih, saya haruslah menerima semua tempahan ketika saya online.

Anda tidak dibenarkan menempah diri sendiri menggunakan aplikasi Grab dimana anda adalah penumpang dan juga pemandu. Ini adalah salah dari segi menipu sistem.

Setelah memandu Grab, kini saya mendapat permintaan daripada kawan/ahli keluarga untuk membawa mereka tanpa menggunakan aplikasi Grab, saya sepatutnya:
Menyuruh mereka menggunakan aplikasi untuk membuat tempahan dan terima mana-mana pemandu yang menerima tempahan tersebut

saya hanya boleh mengenakan tambahan caj tol dan / atau tempat letak kereta setelah dipersetujui oleh penumpang

Jika saya tidak dapat memandu, saya tidak boleh meminta rakan-rakan saya untuk memandu bagi pihak saya.

Saya tidak dibenarkan membuat pembatalan tempahan yang saya tidak mahu kerana Grab mengatakan 'Jadilah bos anda sendiri'.
Kadar pembatalan (Cancellation Rate) = Jumlah tempahan yang diterima KEMUDIAN dibatalkan dibahagikan oleh Jumlah jobs diterima

Rakan saya mengajar cara mendapatkan wang yang lebih dengan memasang aplikasi yang tidak dibenarkan di dalam telefon saya. Saya patut melaporkan kepada grab kerana Saya tidak boleh memasang sebarang aplikasi yang tidak diluluskan dalam telefon saya yang boleh mengganggu aplikasi Grab


0 comments:

Post a Comment