Pages

Subscribe Twitter Facebook

Friday, 1 September 2017

Cara Top Up Akaun Grab Dengan Cash Wallet

Cara top up akaun grab driver dengan cash wallet adalah satu pilihan terbaik berbanding membeli top up grab driver di e-pay.
Cash wallet atau dompet tunai ini menerima wang dari insentif, kod promo dan grabpay. Kerap kali dari kita memilih pengeluaran (withdraw) berbanding top up ke akaun. Pengeluaran wang di dalam cash wallet dibuat sebelum hari Ahad dan alan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing.
Seperti yang kita tahu, credit wallet akan dikeluarkan pada hari Jumaat tengah hari. Jadi, kita terpaksa membeli top up grab pada waktu pagi. Itu sahaja rutinnya jika kita pilih cara yang akan saya ajar ini. (Kemaskini: Bermula 6 November 2017, tiada lagi cash out berlaku, jadi pengurusan kewangan sangat penting di sini).


Buka menu dan pilih grabpay wallet.

Jika paparan cash wallet --, tekan cash wallet dulu. Paparan log in gmail akan keluar dan tekan log in gmail akaun grab anda.

Akan muncul duit tunai sebenar kita. Atau boleh juga telan butang segar (refresh) di sebelah bucu kanan atas. Kemudian tekan credit wallet pula.

Tiga menu akan dipaparkan. Pilih top up with account

Akan muncul paparan inim semak berapakah anda ingin tambah nilai dari hijau ke putih.

Katalah RM12, taip sahaja 12.00 dan tekan next.

Panel pengesahan akan muncul. Tekan comfirm.

Misi selesai

Inilah baki credit wallet saya yang terbaharu. Selamat mencuba.



0 comments:

Post a Comment