Tuesday, 20 December 2016

Keperluan Asas Sebelum Menjadi Pemandu Grab

Hai, bertemu lagi. Kerja apa jenis pun, mesti ada persiapan awal. Semuanya duit! Sudah tentu bakal pemandu sudah memilik kereta yang tidak lebih berusia 10 tahun atau tahun 2008 ke atas bagi Kemaman City (Cherating hingga Dungun). Dan kebanyakan dari kita sudah memilik telefon pintar. Kereta yang baik ialah kereta dengan transmisi Auto dan yang menjimatkan minyak.

Ingin tahu bagaimana hendak menjadi pemula (Newbies) yang sempurna (perfect)?
Sudah tentu persiapan awal ini sangat penting. Saya akan senaraikan keperluan asas yang memang anda patut ada dan jika tidak? Anda akan mengalami kesusahan melainkan anda sedang memandu di kawasan orang asli atau di kawasan hulu banat yang mana tugasan (job) akan diterima seumur hidup sekali.

Jom semak senarai ini:
• Telefon pintar dengan RAM 1.5GB ke atas, bateri 2000mah ke atas dan ada 4G = RM350
Tujuannya agar tidak berlaku freezing.
Saya cadangkan fon jenama Xiaomi Redmi 4a, Redmi 4x dan Redmi 5a. Murah tapi spec ganas setanding iphone.

Jika tidak minat, carilah fon dengan:
GPS ada A-Gps, Glonass dan BDS serta Galileo.
4G dengan Band 5 khusus untuk Unifi sahaja.

• Pra bayar celcom, digi atau hotlink max60 (langgan di red app unlimited call).
tujuannya kerana celcom, digi dan maxis meliputi banyak kawasan di pedalaman. Digalakkan menggunakan pasca bayar yang menawarkan panggilan tanpa had kesemua rangkaian. Elakkan guna telco parasit seperti Umobile, Onexox, Redone, Altel dan seumpamanya.

• Kad top up e-pay Grab = RM50 ke atas.

tujuannya untuk tambah nilai dompet hutang (credit wallet) dan jangan biarkan ianya jatuh di bawah paras RM10. Sentiasa kekalkan di paras RM10 ke atas. Lagi banyak, lagi bagus.
Sebagai contoh, jikalau dompet hutang anda berbaki RM10, anda cuma ditawarkan membuat job yang nilai tambangnya kurang dari RM40 terkumpul.

• Power bank 10,000mah ke atas dengan dua tempat mengecas= RM50
tujuannya agar kuasa telefon sentiasa dalam keadaan yang sepatutnya dan juga untuk berkongsi dengan penumpang yang sudah kehabisan kuasa bateri telefonnya.

• Kabel data USB 3 set panjang = RM20
Satu untuk penumpang, satu untuk telefon kita dan satu untuk peranti GPS

• Pengecas rokok kecemasan berkualiti 2.1A = RM12
tujuannya agar digunakan jika berlaku kerosakan power bank

• Duit tukar syiling, rm1x15, 5x2, 10x4, 20x2, 50x1 = RM150 minimum
tujuannya agar dapat memulangkan baki tunai penumpang tunai.

• Tempat sangkut telefon pintar di penyaman udara. (phone mounting) = RM3 hingga RM20
Waktu siang, bateri akan mudah panas dan berhenti mengecas. Jika disangkut di penyaman udara, keadaan ini tidak berlaku. Tetapi keburukannya jika malam hari atau hari hujan, suhu yang sejuk mengakibatkan telefon tersekat (freezing)

• Parfum kereta penyaman udara, penyembur wangi dan pewangi badan = RM30
tujuannya agar kenderaan sentiasa berbau wangi

• Penyembur febreeze = RM10
Jika tempat duduk kita dari jenis fabrik, amatlah digalakkan!

• Tisu kotak =RM1
Penumpang kadang-kala meminta tisu

• Kain lap = RM1
tujuannya agar dapat mengelap kekotoran

• Air mineral 3 botol = RM1.50
tujuannya agar diberikan percuma untuk penumpang yang dahaga

• Minyak kereta penuh. = RM50
Siapa duga kalau dapat penumpang yang ingin menempah perjalanan jauh atau tugasan tidak putus-putus berlaku di waktu kemuncak. Penumpang tidak gemar kita berhenti di stesen minyak!

• Kasut dan Stokin
Kaki mudah berpeluh. Sentiasa pakai setokin.

• Plastik muntah
Ada penumpang mabuk kenderaan, ada juga yang mabuk alkohol.

• Kredit fon pra-bayar tersedia >RM10.
Untuk menghubungi penumpang dan memaklumkan keberadaan mereka ketika sampai ke lokasinya jika menggunakan pre-paid.

• Pakaian Kemas
• Pengetahuan mengenai lokasi bandar, jalan dan telefon pintar serta gps.
• Surat khabar (pilihan)
• Quran (pilihan)
• Majalah (pilihan)
• Tidur yang cukup sebelum bertugas.
• Makan sebelum bertugas

Berbudi bahasa dan sering senyum! Bantulah penumpang mengangkat beg jika ia terlalu banyak.

Keseluruhan jumlah kasar mungkin mencecah RM600 jika anda bermula dari kosong tetapi jika sebahagian besarnya anda sudah miliki, anda hanya perlukan sekitar RM100 hingga RM300 sahaja untuk bermula.

No comments:

Post a Comment