Pages

Subscribe Twitter Facebook

Sunday, 20 November 2016

Pemandu Uber dan Grab

Pemandu Uber dan Grab adalah pemandu yang berhemah. Mereka terikat dengan kompeni berkenaan dan mudah dilucut khidmatnya jika penumpang memberi bintang yang tidak masuk akal.

Tidak seperti pemandu teksi, mereka terpaksa menerima tugasan yang tidak masuk akal sebagai contoh, hanya 500 meter jarak yang ingin ditumpang oleh penumpang yang tidak peka hal ini. Bagi pemandu teksi, mereka boleh sewenang-wenangnya menolak kehendak penumpang tetapi tidak bagi Penguber dan Penggrab. Mereka terikat dengan peratusan kadar penerimaan (AR-Acceptance Rate), kadar penyudahan tugas (CR-Completion Rate), Jumlah Ping (TP), Hilang Ping (MP), Pembatalan Mengejut Penumpang (RC-Riders Cancel), bintang (Driver rating) dan lain-lain lagi.

Cabaran yang paling hebat ialah bintang (DR) kerana Syarikat Uber dan Grab hanya berpandukan kepada laporan dan pengkadaran dari pelanggannya semata-mata dan bukan dari rakan pemandunya demi menjamin kualiti jenama syarikatnya. Bayangkan hanya tidak menurunkan beg, penumpang memberikan satu bintang. Ini benar-benar menutup periuk nasi pemandu sedangkan satu bintang hanyalah untuk pemandu yang terdapat di dalamnya seribu satu pakej berbahaya iaitu memandu dalam bahaya, mabuk, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, tidak mengutamakan keselamatan semasa memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan apa sahaja berkenaan keselamatan! Sedangkan tidak menurunkan beg itu bukanlah aspek keselamatan. Ia masih lagi berkadar 5 bintang kerana kita selamat sampai ke destinasi. Penumpang tidak didedahkan dengan informasi ini. Sayang sekali...

Ada juga cabaran lain seperti penumpang berbau busuk, penumpang muntah, penumpang mencari gaduh, penumpang enggan menggunakan tol, penumpang melakukan maksiat di belakang kereta, penumpang yang terlalu suka minta berhenti-henti di titik yang tidak dinyatakan di dalam aplikasi, penumpang yang mengganggap pemandu itu sebagai pemandu peribadinya, penumpang yang menyuruh mengambilnya di tingkat atas bangunan, penumpang yang baran, pembawa dadah, penagih dadah, membawa haiwan, membawa alkohol, membawa senjata tajam dan lain-lain lagi. Tidak kurang juga penumpang yang lari tidak membayar wang upah tunainya.

Kemalangan tidak berbau. Untungnya, grab dan uber menawarkan insurans kemalangan yang mengakibatkan kecederaan dan kematian serta kos perubatan semasa dalam tugas.
Untuk kerosakan kenderaan, grab tidak menanggung kerana kenderaan di Malaysia sudah ada polisi insurans tetapi polisi insurans kenderaan Malaysia tidak menanggung (setakat ini) apa-apa kerosakan akibat pekerjaan mulia ini. Nasib tidak baik jika terdapat penumpang bersama anda apabila kemalangan. Sebaliknya uber akan membantu jika hal ini berlaku, dengan kadar tidak lebih USD1000.00 untuk baik pulih kenderaan jika insurans kenderaan kita tidak bertanggung jawab. Tetapi kebanyakan kes, Uber gagal memberi wang perlindungan insuran.

Jadi, setelah anda mengetahui semua ini, adakah anda bersedia menyahut cabaran menjadi pemandu Uber dan Grab dan Malaysia? Bak kata budak muda, "HATI MAU KERING"

Di dalam sistem hirarki rakan grab, terdapat terma gelaran bagi setiap pemandu. Berikut adalah pendedahan awal sebelum anda mula menjadi pemandu Grab.

Grab Super Alpha
- Menguruskan semua pendaftaran yang dihantar oleh City Alpha untuk pengesahan dan pengaktifan
- Menjadi admin dalam kumpulan whatsapp untuk menyalurkan maklumat dan info terkini grab

Grab Alpha (City Alpha)
- Terpilih oleh Grab sebagai Pengrekrut Rasmi yang dipilih dari pemandu yang berpengalaman.
- Mendaftar dan menguruskan dokumen pendaftaran pemandu, memberi tunjuk ajar, teladan, nasihat, keyakinan, sokongan moral dan dalam masa yang sama mereka juga harus memandu minimum 20 trip sebulan.
- Mengesahkan dokuman pemandu baharu.
- Hanya mendaftar dan merekrut di kawasan bandar mereka sahaja
- Pemandu baharu mendapat bonus RM15
- Pemandu yang merujuk kawannya juga mendapat bonus refferal seperti yang termaktub.
- Menjadi admin dalam kumpulan whatsapp/telegram untuk menyalurkan maklumat dan info terkini grab

Grab Kiosk
- Terpilih oleh Grab sebagai ejen pengesahan dokumen bagi pemandu yang mendaftar melalui laman web grab dan bukan melalui alpha.
- Kelemahannya, pemandu tidak dapat didedahkan dengan maklumat terkini serta tidak mendapat didikan formal. Pemandu perlu berhubung terus dengan Help Center jika mempunyai masalah.
- Tiada bonus pendaftaran pemandu

Grab Ambassador 
- Jaminan pulangan dan bonus.
- Komisen hanya 20%
- Perlu Opt in setiap hujung bulan

Grab Associate
- Yang baru mendaftar akan serta merta menjadi Grab Associate dan komisen grab adalah 25%

Referral
- Merujuk rakan menjadi pemandu
- Diberikan komisen RM25-RM100 bergantung kepada bandar sebagaimana yang termaktub.
- Pemandu baharu yang dirujuk tidak mendapat bonus wang pendaftaran.

Grab-Pro
- Jaminan Insentif Per Jam
- Terdapat banyak manfaat untuk pemandu tetapi hanya di Lembah Kelang sahaja

Grab AllStar 
- Klik di sini https://graballstars.com/
- Terdapat banyak manfaat untuk pemandu tetapi hanya di Lembah Kelang sahaja

Grab-Flexi 
- RM5 minimum jaminan tambang minimum
- RM6 minimum jaminan jika lengkap 50 trip seminggu
- Terdapat banyak manfaat untuk pemandu tetapi hanya di Lembah Kelang sahaja


0 comments:

Post a Comment