Tuesday, 10 October 2017

Kemudahan SOCSO PERKESO Untuk Pemandu Grab

Pemandu GRAB dan UBER, mulai 1 Jun 2017, Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diwajibkan kepada semua pemandu Teksi (termasuk pemandu UBER dan GRAB) yang Bekerja Sendiri. Tertakluk kepada skim, pemandu teksi termasuk pemandu UBER dan GRAB yang menggunakan kenderaan peribadi untuk mengambil penumpang layak dilindungi di bawah skim ini untuk menjaga kebajikan orang yang bekerja sendiri.

Pemandu Teksi yang BEKERJA SENDIRI (termasuk pemandu UBER dan GRAB) WAJIB untuk mendaftar dengan PERKESO dibawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri mulai 1 Jun 2017 dengan bayaran serendah RM 157.20 setahun yang mana perlindungan ini bernilai RM1000 sebulan jika anda tidak dapat bekerja!

CARUMAN Pemandu yang bekerja sendiri akan membuat caruman sebanyak 1.25% daripada pendapatan insurans bulanan mereka.

FAEDAH yang ditawarkan di bawah skim ini meliputi:
- Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara,
- Faedah Hilang Upaya Kekal,
- Elaun Layanan Sentiasa,
- Faedah Orang Tanggungan,
- Faedah Pengurusan Mayat,
- Kemudahan Pemulihan Jasmani/ Vokasional/ Program Kembali Bekerja (RTW) dan
- Program Saringan Kesihatan (HSP) dan Faedah Pendidikan.

Siapakah yang layak mendaftar akaun iPERKESO?

Semua Warganegara Malaysia layak mendaftar akaun iPERKESO dengan menggunakan No. Kad Pengenalan mereka. Jika anda adalah ahli PERKESO yang telah berdaftar, anda mungkin akan layak untuk program kesetiaan yang akan datang.

Siapakah ahli berdaftar PERKESO?

Ahli berdaftar PERKESO ialah, seseorang yang telah membuat caruman kepada PERKESO di masa lalu atau sekarang.

 Bayar SOCSO Anda Atas Talian
 Mendaftar Caruman Anda
 Membayar Caruman Anda
 Papar Caruman Anda

Cara Daftar PERKESO SOCSO untuk Grab dan Uber

Untuk mendaftar secara online, masuk ke lama web iperkeso https://www.iperkeso.my/mypass/login  kemudian daftar email anda. Emel harus disahkan dahulu sebelum boleh mula log masuk.
Keperluan dokumen adalah seperti berikut:
1. Gambar lesen
2. Gambar mykad
3. Gambar cetak skrin aplikasi pemandu grab atau uber yang tertera nama penuh anda.


Anda akan membayar jumlah caruman tahunan melalui perbankan elektronik. Mudah sahaja, tidak sampai 10 minit.





No comments:

Post a Comment