Sunday, 29 October 2017

Lesen atau Cukai Jalan Tamat Tempoh

Memandu setahun, akhirnya dapat e-mail dari grab yang lesen memandu kita atau cukai jalan kita akan tamat tempoh dalam masa sebulan.

Peringatan ini sangat berguna untuk kita.
Bilakah waktu sesuai hendak memperbaharui lesen dan cukai jalan?
Jawapan saya, dua minggu sebelum tamat tempoh. Ini kerana, prosedur standard kemas kini akaun kita boleh menjangkau hingga hari ke-14. Alamatnya, jika buat di akhir minit, saya khuatir kita tak boleh memandu lagi sehingga akaun diaktifkan semula setelah dokumen di muat naik dan disahkan oleh bahagian pentadbiran Grab.

Berikut adalah langkah-langkah mengemas kini dokumen kita.

Untuk pemandu Grabcar

Buka dokumen kemaskini di laman web grab Daftar grab
Perbaharui Lesen dan insurans

Masukkan butiran anda

Pilih jenis dokumen dan tarikh baharu tamat tempoh. Jangan lupa muat naik dokumen tersebut. Gambar hendaklah jelas.

Setelah muat naik dokumen, tekan butang anak panah (next button)

Laman pengesahan akan dipaparkan. Semak betul-betul

Jika telah pasti dan yakin, tekan butang kemaskini butiranku (update my detail)

Paparan ucapan terima kasih akan muncul

Contoh email peringatan dari Grab.
Emel yang dihantar grab memaklumkan bahawa dokumen kita hampir tamat tempoh.

Emel dari grab yang menyatakan dokumen kita telah diterima.
Prosesnya menjangkau 3 hari bekerja





3 comments:

  1. Terima kasih atas infonya, amat membantu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tq info..so klu dah terima email received dr Grab akaun dah ok atau akan ada email seterusnya?

    ReplyDelete