Monday, 22 January 2018

Insurans MSIG E-Hail E-Zee Untuk Grab

Pada bulan April 2017, MSIG telah bersetuju untuk membuka pelan khas buat pemandu Grab setelah memansuhkan pelan lama.

Ianya bersifat biasa sahaja cuma dengan penambahan:
1. Kerosakan akibat kecuaian penumpang
2. Kerosakan Cermin Kereta
3. Ganti rugi kerana kelewatan Inspektar menilai kerosakan.

Tetapi apa yang menariknya, terdapat Rebat 10% dari pembelian ini. Ianya cukup untuk menampung modal untuk membeli Cukai Jalan (Road Tax) di JPJ.

Video cara langgan dalam talian

Daftar dan beli di sini
http://grb.to/msig
Atau
https://takeiteasy.msig.com.my/grab/products/all-products.html

Keratan Invois


Kandungan Polisi ini


Pelan Tambahan E-Hail E-Zee di hentikan buat sementara waktu

Pelan yang diperkenalkan pada Disember 2017 ini telah dihentikan sementara waktu pada Mac 2018.
Tulisan saya ini dikekalkan sementara waktu sehinggalah sampai waktunya.

Pembekal perkhidmatan insurans MSIG Malaysia telah memperkenalkan pakej E-Hail E-Zee, iaitu pakej tambahan insurans bermotor yang disediakan khas untuk pemandu perkhidmatan e-panggilan  Uber dan Grabcar. Tawaran terbaharu ini yang dilancarkan pada awal Disember 2017 menyediakan perlindungan tambahan di atas mereka yang telah diberikan untuk insurans motor yang komprehensif.



Pakej tambahan ini telah diluluskan setelah perundingan dengan pelbagai pihak seperti Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), dan dikatakan mematuhi peraturan pengangkutan awam yang memerlukan pemandu pengangkutan awam membeli perlindungan insurans bagi penumpang juga.

Liputan perlindungan yang disediakan oleh E-Hail E-Zee termasuk liabiliti kepada penumpang, pampasan kerana tindakan kecuaian penumpang di luar kawalan pemandu. Ini termasuk, sebagai contoh, penumpang membuka pintu kereta tanpa melihat ke belakang, mengakibatkan kemalangan, kerosakan atau kecederaan kepada kenderaan atau pejalan kaki lain.



Perlindungan penuh yang diberikan kepada pemandu-pemandu kenderaan persendirian sebagai kenderaan pengangkutan awam ini termasuklah:

1. Kerugian atau kerosakan kenderaan disebabkan oleh kemalangan
2. Kerugian atau kerosakan kenderaan disebabkan kebakaran atau kecurian
3. Kerugian atau kerosakan kepada kenderaan atau harta pihak ketiga
4. Kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan
5. Liabiliti undang-undang kepada penumpang dan liabiliti undang-undang penumpang
6. Kematian yang tidak sengaja atau hilang upaya kekal kepada pemandu

Menurut MSIG, oleh kerana perlindungan E-Hail E-Zee berasaskan risiko yang tinggi, harga insurans ini bergantung kepada beberapa faktor, termasuk jumlah yang diinsuranskan untuk kenderaan itu serta butiran pemegang polisi. Walau bagaimanapun, ia dikatakan agak berpatutan, dengan premium tambahan antara RM0.30 dan RM0.70 sehari untuk kenderaan standard di bawah 1.5 liter dengan diskaun penuh 55% tanpa tuntutan (NCD).


E-Hail E-Zee menyertai beberapa tambahan insurans motor baru yang diperkenalkan oleh MSIG sejak liberalisasi pasaran insurans motor pada awal tahun ini, termasuk Pengabaian Kos Lebih Baik, Peril Khas Terhad, Perisai Kunci Pintar dan Insurans Kemalangan Peribadi.


MSIG MOTOR ASSIST: MANFAAT-MANFAAT & PERKHIDMATAN
•  Liputan Seluruh Negara

• Bengkel-bengkel panel kami terletak di lokasi yang strategik di seluruh negara bagi menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pemegang polisi kami. Perkhidmatan Pusat Panggilan 24-Jam

•  Tele-servis kami akan dikendalikan oleh pegawai-pegawai perkhidmatan pelanggan yang    berdedikasi dan berpengalaman bagi menyediakan perkhidmatan tuntutan dan bantuan segera di jalan raya. Perkhidmatan Tunda 24-Jam & Servis Pembaikan di tepi jalan ketika Kecemasan

•  Jika kenderaan anda tidak boleh bergerak akibat kerosakan, anda hanya perlu membuat     panggilan ke Talian Motor Assist 24 jam 1 300 880 833 atau mendapatkan bantuan melalui MSIG Motor Assist App.   MSIG Motor Assist akan mengaturkan:  —  pembaikan ke atas kerosakan kecil sekiranya perlu.  —  menunda kenderaan anda ke rumah atau ke bengkel terpilih untuk mengenalpasti kerosakan.

• MSIG Motor Assist akan menanggung kos penundaan sehingga RM300 untuk setiap    perkhidmatan dan kos buruh untuk pembaikan kerosakan di tempat kejadian sahaja, tidak    termasuk/kecuali alat-alat penggantian yang rosak.  Penghantaran Maklumat Kecemasan

•  Penghantaran maklumat semasa kecemasan bagi keluarga terdekat pemegang polisi dalam     Malaysia akan dibuat di atas permintaan. Bagaimanapun , MSIG tidak akan bertanggungjawab atas kegagalan penghantaran mesej jika penerima tidak dapat dijejaki.  Pengangkutan Alternatif selepas Kemalangan

•  Pengangkutan alternatif selepas kemalangan akan diaturkan dengan kos yang berpatutan     untuk pemegang polisi MSIG atau pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut.  6  Bulan Jaminan untuk Tuntutan Gantirugi Sendiri

•  Bengkel-bengkel panel kami memastikan kualiti pembaikan dan menyediakan 6 bulan     jaminan bagi kenderaan yang telah mereka baiki. Sijil Jaminan akan dikeluarkan oleh bengkel-bengkel panel kami.  Pengenalpastian Bengkel

•  Mereka dapat dikenalpasti dengan mudah kerana mereka  mempamerkan sijil kelulusan di premis    mereka.  Pengendorsan 106

•  Untuk menguruskan dan menyediakan perkhidmatan tuntutan yang lebih baik kepada pelanggan, fasal berikut digabungkan dalam polisi anda.  “Sekiranya Kenderaan Anda terlibat dalam kemalangan dan tuntutan dibuat,  kenderaan anda mesti dihantar kepada bengkel PIAM Approved Repairers Scheme (PARS) terpilih yang diluluskan oleh Kami untuk menjalankan kerja pembaikan. Kegagalan menghantar kenderaan anda kepada bengkel yang diluluskan merupakan pelanggaran Pengendorsan 106 dan kami berhak menolak liabiliti di bawah Seksyen A polisi ini.”

APA YANG PERLU BUAT SELEPAS KEMALANGAN
• Bertenang, elakkan pertengkaran atau perselisihan.

•  Segera hubungi Talian Motor Assist 24 jam 1 300 880 833 atau mendapatkan bantuan melalui MSIG Motor Assist App. Kakitangan kami akan menghubungi perkhidmatan panel kereta tunda untuk menunda kenderaan anda ke bengkel panel yang berdekatan, sekiranya perlu.

• Sila dapatkan maklumat seperti berikut:
a) Nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
b) Nama Syarikat Insurans dan nombor polisi insurans kenderaan yang terlibat, sekiranya ada.
c) Nama dan alamat saksi, sekiranya ada.
d) Ambil foto atau rajah kasar tempat kejadian.

• Catatkan secara terperinci segala kerosakan dan/atau kecederaan pihak yang terlibat.

•  Jangan bersetuju terhadap sebarang liabiliti atau membuat sebarang penyelesaian.

•  Membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.

• Anda perlu membuat laporan polis dan memberitahu kami dengan segera walaupun anda tidak mahu membuat sebarang tuntutan. Ini bagi melindungi anda dan pihak insurans anda dari sebarang liabiliti yang mungkin timbul ekoran dari kemalangan tersebut. Borang tuntutan/pemberitahuan yang sudah lengkap hendaklah diserahkan  berserta dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a) Laporan polis.
b) Polisi/nota perlindungan.
c) Kad pendaftaran kenderaan.
d) Kad pengenalan dan lesen memandu anda.
e) Kad pengenalan dan lesen memandu pemandu anda.
f) Sebarang surat-menyurat yang diterima daripada pihak ketiga. Borang tuntutan/pemberitahuan boleh didapati di mana-mana cawangan atau bengkel panel kami jika anda ingin membuat tuntutan. Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi kami.

NOTA: Kami mestilah dimaklumkan secara bertulis atau melalui telefon mengenai mana-mana kes berserta butiran kenderaan-kenderaan yang terlibat, tarikh kemalangan dan jika mungkin, gambaran ringkas keadaan kemalangan tersebut dalam jangka waktu yang dicatatkan seperti berikut selepas kejadian yang mungkin menjadi subjek sesuatu tuntutan di bawah Polisi ini:

a) Dalam tempoh (7) hari jika anda dari segi fizikal berupaya atau tidak dimasukkan ke hospital   berikutan kejadian itu.

b) Dalam tempoh tiga puluh (30) hari atau secepat mungkin yang praktikal jika anda dari segi   fizikal tidak berupaya atau dimasukkan ke hospital disebabkan kejadian itu.

c) Selain (a) dan (b), tempoh pemberitahuan yang lebih panjang mungkin dibenarkan tertakluk   kepada bukti khusus oleh anda.
Sekiranya anda gagal berbuat demikian, anda adalah dianggap melanggar syarat polisi dan ini akan membolehkan syarikat insurans menolak sebarang tuntutan yang mungkin timbul dari kemalangan tersebut atau anda akan dikehendaki membayar balik sebarang gantirugi atau kos yang telah dibayar bersabit kemalangan tersebut.

SILA HUBUNGI TALIAN MOTOR ASSIST 24 JAM 1 300 880 833 atau mendapatkan bantuan melalui MSIG Motor Assist App

MEMBUAT TUNTUTAN DI BAWAH POLISI MOTOR ANDA
Sekiranya anda memiliki polisi insurans komprehensif dan ingin membuat tuntutan ke atas kehilangan/kerosakan kepada kenderaan anda, sila ikuti prosedur-prosedur seperti di bawah:

A. TUNTUTAN KEROSAKAN KENDERAAN SENDIRI
• Hubungi Talian Motor Assist 24 jam 1 300 880 833 atau menguna MSIG Motor Assist App   untuk memaklumkan kemalangan.

• Sila hubungi pusat panggilan kami untuk mengesahkan jika bengkel pilihan anda   adalah panel kami. • Hantarkan kenderaan anda hanya ke “Bengkel Panel Kami” untuk tindakan segera berserta   dengan dokumen-dokumen berikut:
1. Borang tuntutan.
2. Salinan asal laporan polis.
3. Senarai anggaran kerosakan oleh pusat pembaikan.
4. Salinan dokumen:
i. Polisi/nota perlindungan.
ii. Kad pendaftaran kenderaan.
iii. Kad pengenalan dan lesen memandu anda.
iv. Kad pengenalan dan lesen memandu pemandu anda.
v. Perjanjian sewa beli kenderaan anda (jika ada).

B. TUNTUTAN KEHILANGAN KENDERAAN
• Buat laporan polis dengan segera sebaik sahaja menyedari akan kehilangan kenderaan anda.
• Berikan kerjasama sepenuhnya kepada kami atau wakil kami dalam proses penyiasatan   jika ada.
• Sekiranya kenderaan anda telah ditemui, anda dikehendaki memberitahu kami dengan segera.
• Lengkapkan borang tuntutan dan kembalikan borang yang telah diisi dan ditandatangani kepada kami berserta dengan salinan dokumen-dokumen sepertimana yang dinyatakan di   bawah tuntutan kerosakan kenderaan sendiri.

C. TUNTUTAN KEROSAKAN CERMIN KENDERAAN
• Sekiranya anda ingin membuat tuntutan ke atas kerosakan cermin kenderaan anda, sila   kemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
1. Borang tuntutan.
2. Gambar-gambar berkaitan dengan kerosakan cermin kenderaan.
3. Gambar-gambar cermin kenderaan yang telah dibaiki.
4. Baucer tunai/invois yang asal.
5. Bagi tuntutan filem salutan/penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin (tint),    berikan bukti dokumentari bahawa kenderaan telah dilengkapkan dengan filem salutan    (tint) sebelum kemalangan.
6. Salinan dokumen seperti berikut:
i. Kad Pengenalan Pemilik Kenderaan.
ii. Kad Pengenalan Pemandu .

Bahasa Mandarin dan Inggeris boleh didapati di http://www.msig.com.my/PDF/brochure/MSIG%20MotorAssist%20Booklet_V12.pdf

Borang insurans kenderaan MSIG di http://www.msig.com.my/MSIGE-HailE-ZeeMotorAdd-OnForm.pdf

No comments:

Post a Comment