Pages

Subscribe Twitter Facebook

Wednesday, 3 January 2018

Belajar Semula (Re-Education)

Semua pemandu Grab yang didapati melanggar undang-undang kecil Grab akan menyebabkan akaunnya digantung beberapa hari (suspended) sehingga mereka mengambil ujian belajar semula.

Antara berikut adalah soalan dan jawapan yang terkandung di dalam sesi belajar semula (re-education) versi 2018.

Hadamkan walaupun kita belum digantung akaun kerana ia melibatkan pemahaman kita sepanjang menjadi rakan grab. Perkara berikut adalah hasil pengalaman dan kesalahan para pemandu Grab yang mana undang-undangnya kerap dilanggar.

Ada 24 soalan dan kesemuanya hendaklah betul. Uji diri anda! Tiada jawapan diberikan. Hampir 99% pemandu gagal menjawab dengan betul sehingga 3 kali.

Anda perlu mendaftar di pautan
http://grb.to/reeducation_NKV
Atau Sebagaimana arahan melalui sms.


Jom cabar diri anda!

1) Adakah anda rasa perbuatan John itu salah?

John seorang pemandu Grab dan telah memandu untuk Grab selama 18 bulan. John bukan sahaja mengekalkan prestasi pemandu yang tinggi, tetapi juga telah membantu Grab dengan mengajak rakan-rakannya untuk menyertai Grab sebagai pemandu.

Semasa siasatan oleh Grab dijalankan, akaun pemandu John telah digantung atas sebab mempunyai aktiviti yang mencurigakan. Telah disimpulkan bahawa John telah menerima dan melengkapi beberapa tempahan promo yang telah dibuat oleh penumpang yang juga ada akaun pemandu. Ternyata akaun-akaun tersebut adalah kepunyaan rakan-rakannya yang telah diajak menjadi pemandu.

A) Tidak
B) Ya
C) Mungkin
________________________

2) Adakah anda rasa perbuatan Bob dibenarkan?

Bob merupakan seorang pemandu Grab. Apabila Grab memberikan tempahan kepada Bob, dia akan melengkapkan perjalanan tersebut tanpa mengambil penumpang. Walau bagaimana pun, Bob memasukkan jumlah RM0.00 didalam resit.

A) Ya
B) Mungkin
C) Tidak
________________________

3) Adakah anda rasa perbuatan Tanya itu salah?

Tanya seorang pemandu Grab. Semasa diberikan tempahan di lapangan terbang, apabila bertemu dengan penumpang, dia menawarkan penumpang tersebut tambang yang lebih rendah dan penumpang tersebut menerimanya. Tanya tidak menekan “pick up” pada aplikasi. Sebaliknya, Tanya membatalkan tempahan didalam aplikasi tetapi melengkapkan perjalanan diluar aplikasi.

A) Ya
B) Tidak
C) Mungkin
________________________

4) Adakah anda rasa perbuatan Aliah dibenarkan?

Aliah seorang pemandu Grab sepenuh masa. Aliah meminta bekas rakan sekerja dari syarikat lamanya, Nurul, untuk menempah perjalanan dengannya melalui aplikasi setiap pagi. Nurul akan memasuki kereta Aliah terlebih dahulu semasa Aliah sampai dan kemudian baru membuat tempahan didalam aplikasi, dengan harapan akan mendapat Aliah sebagai pemandu. Jika Nurul mendapat pemandu lain, dia akan membatalkan tempahan dan membuat semula tempahan sehingga mendapat Aliah. Jika Aliah sah sebagai pemandu tempahan, maka perjalanan akan berjalan seperti biasa.

A) Ya
B) Mungkin
C) Tidak
________________________

5) Dalam situasi apakah perbuatan Bob dibenarkan?

Bob merupakan seorang pemandu Grab. Apabila Grab memberikan tempahan kepada Bob, dia akan melengkapkan perjalanan tersebut tanpa mengambil penumpang. Walau bagaimana pun, Bob memasukkan jumlah RM0.00 didalam resit.

A) Bob melengkapkan tempahan tersebut tanpa mengambil penumpang dan juga meletakkan jumlah harga tambang di dalam resit.

B) Bob perlu menukar kepada Offline jika dia tidak bersedia untuk menerima penumpang. Dia tidak dibenarkan untuk melengkapkan perjalanan tersebut tanpa mengambil penumpang.

C) Bob meneruskan untuk melengkapi perjalanan tanpa mengambil penumpang untuk mencapai tempahan hariannya.

D) Bob kekal Online dan mengabaikan tempahan yang telah diberikan kepadanya.

________________________

6) Dalam situasi apakah perbuatan Priya dibenarkan?

Priya seorang pemandu Grab dan telah melengkapkan 10 perjalanan. Dia kemudian menerima SMS dari Grab mengenai bonus insentif baru – jika dia melengkapkan 15 perjalanan sebelum hari berakhir, Grab akan top up tambahan RM50 kepada credit walletnya. Priya risau dia tidak akan dapat mencapai sasaran kerana kesesakan trafik petang yang teruk, jadi dia memutuskan untuk menerima 5 perjalanan dan menekan “pick up” dan “drop off” untuk 5 perjalanan yang tinggal tanpa mengambil penumpang.

A) Jika ianya tempahan yang menggunakan wang tunai, Priya boleh berbuat demikian kerana penumpang tidak dikenakan bayaran. Lagipun, Grab akan menolak jumlah komisyen (20% atau lebih) daripada credit walletnya.

B) Priya perlu membuat panggilan kepada penumpang tersebut dan meminta maaf kerana menekan “pick up” dan “drop off”. Dia kemudian perlu membuat panggilan kepada Customer Service untuk memberitahu mereka akan kesilapan yang telah dibuat.

C) Priya hanya boleh menekan “pick up” setelah dia telah mengambil penumpang. Dia perlu menurunkan penumpang di tempat penurunan dan menekan “drop off”. Hanya demikian perjalanan itu dianggap selesai.

________________________

7) Adakah anda rasa Jen telah melanggar peraturan?

Jen seorang pemandu Grab yang berpengalaman. Sepanjang beberapa bulan yang lalu, dia telah menjejaki jadual jaminan setiap jam untuk memastikan dia memaksimakan pendapatannya. Dia memilih untuk memandu semasa jam-jam dengan jaminan tertinggi. Dia tahu bahawa dia perlu Online dalam jam penuh (jika tidak, pembayaran akan dikira mengikut minit berada Online dalam jam tersebut) untuk menerima jumlah jaminan maksima. Untuk memaksimakan masa Online, dia tidak menekan “drop off” setelah menurunkan penumpang terakhir.

A) Ya
B) Mungkin
C) Tidak
________________________

8) Mengapakah John didapati dengan aktiviti penipuan?

John seorang pemandu Grab dan telah memandu untuk Grab selama 18 bulan. John bukan sahaja mengekalkan prestasi pemandu yang tinggi, tetapi juga telah membantu Grab dengan mengajak rakan-rakannya untuk menyertai Grab sebagai pemandu.

Semasa siasatan oleh Grab dijalankan, akaun pemandu John telah digantung atas sebab mempunyai aktiviti yang mencurigakan. Telah disimpulkan bahawa John telah menerima dan melengkapi beberapa tempahan promo yang telah dibuat oleh penumpang yang juga ada akaun pemandu. Ternyata akaun-akaun tersebut adalah kepunyaan rakan-rakannya yang telah diajak menjadi pemandu.

A) Penumpang-penumpang tersebut yang juga mempunyai akaun pemandu bukanlah membuat tempahan asli – mereka sebenarnya tidak mengambil perjalanan tersebut. Ada kemungkinan tinggi John dan “penumpang-pemandu” tersebut adalah sekumpulan rakan-rakan yang membantu sesama sendiri untuk mendapatkan bilangan promo yang akan ditop-upkan kepada akaun pemandu mereka.

B) Oleh kerana ianya adalah tempahan promo, dia tidak mengenakan jumlah diskaun kepada penumpang walaupun ianya tempahan promo. Oleh itu, dia berhak menerima top-up promo kepada akaun pemandunya.

C) Perjalanan-perjalanan tersebut telah diterima dan John telah memandu untuk mengambil dan menurunkan penumpang-penumpang tersebut seperti langkah-langkah biasa.
________________________

9) Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Kim?

Kim seorang pemandu Grab separuh masa dibawah program Ambassador dimana pendapatan adalah berdasarkan jaminan setiap jam. Pada 45 minit pertama, dia menerima tempahan dan menghantar penumpang ke tempat penurunan mereka. Pada 15 minit terakhir pula, dia akan kekal online, tetapi meminta penumpang untuk membatalkan tempahan yang diberikan kepadanya dan memberitahu mereka ianya kerana kesesakan lalu lintas.

A) Kim sepatutnya kekal online dan pandu keretanya ke tempat yang mempunyai permintaan penumpang yang kurang

B) Kim sepatutnya menukar kepada Offline apabila dia tidak bersedia untuk melengkapkan perjalanan

C) Kim sepatutnya menghantar email kepada Payments untuk berunding agar dapat jumlah insentif yang penuh.

D) Kim sepatutnya kekal online dan mengabaikan tempahan yang diberikan kepadanya, dan bukannya meminta penumpang untuk membatalkan tempahan
________________________


10) Adakah anda rasa perbuatan Peter dibenarkan?

Peter adalah seorang pemandu Grab separuh masa dibawah program Flexi dan hanya memandu pada hujung minggu. Peter lebih gemar perjalanan jarak jauh (cth., tempahan di lapangan terbang). Dia selalu membatalkan atau mengabaikan perjalanan jarak dekat.

A) Mungkin
B) Ya
C)Tidak
________________________

11) Mengapa anda berasa demikian?

Jen seorang pemandu Grab yang berpengalaman. Sepanjang beberapa bulan yang lalu, dia telah menjejaki jadual jaminan setiap jam untuk memastikan dia memaksimakan pendapatannya. Dia memilih untuk memandu semasa jam-jam dengan jaminan tertinggi. Dia tahu bahawa dia perlu Online dalam jam penuh (jika tidak, pembayaran akan dikira mengikut minit berada Online dalam jam tersebut) untuk menerima jumlah jaminan maksima. Untuk memaksimakan masa Online, dia tidak menekan “drop off” setelah menurunkan penumpang terakhir.

A) Jen mencuba untuk mendapatkan jumlah jaminan penuh dengan kekal Online. Sebagai seorang pemandu berpengalaman, dia sepatutnya tahu bahawa dia perlu menekan “drop off” selepas menurunkan penumpang.

B) Jen tidak membuat sebarang kesalahan dan tidak sepatutnya dihukum kerana kejahilannya.

C) Jen perlu berehat sebentar setiap kali menurunkan penumpang tetapi mengekalkan applikasinya online kerana dia tidak merasakan perlu untuk menutupnya.
________________________


12) Adakah Jack boleh berbuat demikian?

Jack mempunyai kereta lama yang tidak memenuhi syarat kelayakan Grab. Dia memutuskan untuk menyewa kereta baru untuk memandu dengan Grab sepenuh masa, dengan membayar jumlah sewa mingguan. Sebagai pemandu sepenuh masa, dia meliputi jarak yang besar dalam sehari dan lebih suka untuk ada wang tunai ditangan untuk membayar kos seperti minyak petrol dan jumlah sewa kereta. Kadangkala, apabila dia menerima tempahan GrabPay, dia akan mendesak penumpang untuk membayar tambang dengan wang tunai dan memberi jaminan bahawa tiada cas dikenakan kepada kad kredit/debit penumpang (dengan memasukkan RM0 dalam e-receipt).

A) Mungkin
B) Ya
C)Tidak
________________________

13) Dalam situasi apakah perbuatan Aliah dibenarkan?

Aliah seorang pemandu Grab sepenuh masa. Aliah meminta bekas rakan sekerja dari syarikat lamanya, Nurul, untuk menempah perjalanan dengannya melalui aplikasi setiap pagi. Nurul akan memasuki kereta Aliah terlebih dahulu semasa Aliah sampai dan kemudian baru membuat tempahan didalam aplikasi, dengan harapan akan mendapat Aliah sebagai pemandu. Jika Nurul mendapat pemandu lain, dia akan membatalkan tempahan dan membuat semula tempahan sehingga mendapat Aliah. Jika Aliah sah sebagai pemandu tempahan, maka perjalanan akan berjalan seperti biasa.

A) Aliah boleh berbuat demikian kerana dia ada hak untuk memilih penumpang yang dimahukannya. Dia tidak mengenakan sebarang bayaran kepada Nurul tetapi mengesyorkan Nurul untuk menggunakan kod promo baru setiap kali (dimana Nurul tidak perlu membayar). Jumlah terkumpul kod promo akan ditukar menjadi top up wang tunai.

B) Aliah dan Nurul tinggal berdekatan dengan satu sama lain and ada kemungkinan besar tempahan Nurul akan memadankan Aliah sebagai pemandunya. Akan tetapi, Aliah tidak sepatutnya menyuruh Nurul untuk membatalkan perjalanan jika dia tidak dapat Aliah sebagai pemandunya. Nurul sepatutnya meneruskan sahaja perjalanan dengan pemandunya.

C) Aliah tahu bahawa terdapat insentif tambahan bagi pengambilan penumpang pagi di kawasan Nurul, jadi ianya peluang yang bagus untuk mendapatkan pendapatan lebih. Juga, Nurul tetap akan membayar Aliah jumlah tambang.
________________________


14) Apakah yang sepatutnya dibuat oleh Oliver?

Oliver mendaftar diri sebagai penumpang Grab untuk perjalanan hariannya. Baru-baru ini, dia juga mendaftar sebagai pemandu Grab. Kadangkala, Oliver akan menggunakan aplikasi penumpangnya untuk membuat tempahan dan menerima tempahan tersebut menggunakan aplikasi pemandunya supaya dia boleh mencapai kelayakan insentif pemandu.

A) Dia harus membuat tempahan dengan dirinya sendiri menggunakan peranti berlainan atau meminta rakan lain untuk membuat tempahan tersebut.

B) Dia hanya boleh berbuat demikian untuk membantu rakan atau ahli keluarga untuk membuat tempahan dengannya.

C) Dia HANYA boleh menerima dan melengkapkan tempahan asli yang TIDAK diatur oleh dirinya sendiri (atau dengan bantuan orang lain).

D) Dia boleh berbuat demikian asalkan dia memandu dari tempat pengambilan hingga ke tempat penurunan, melengkapi perjalanan tersebut.
________________________


15) Apakah implikasi perbuatan Tanya?

Tanya seorang pemandu Grab. Semasa diberikan tempahan di lapangan terbang, apabila bertemu dengan penumpang, dia menawarkan penumpang tersebut tambang yang lebih rendah dan penumpang tersebut menerimanya. Tanya tidak menekan “pick up” pada aplikasi. Sebaliknya, Tanya membatalkan tempahan didalam aplikasi tetapi melengkapkan perjalanan diluar aplikasi.

A) Jika berlakunya kemalangan, perjalanan itu tidak akan diliputi oleh insuran (kemalangan diri) yang diberikan oleh Grab.

B) Grab tidak dapat menyediakan resit rasmi kepada penumpang untuk perjalanan yang dibatalkan.

C) Akaun pemandu Tanya akan digantung kerana menolak komisyen untuk Grab sebagai sebahagian daripada Terma Penggunaan.

D) Semua jawapan diatas adalah benar
________________________


16) Dalam situasi apakah perbuatan Natta dibenarkan?

Natta seorang pemandu Grab. Dia berjumpa dengan seorang rakannya yang juga seorang pemandu Grab. Dalam perbualan mereka, kawannya memberitahu Natta akan peluang untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan dengan pemanduan yang kurang. Apa yang perlu dilakukannya hanyalah membayar yuran dan menyediakan peranti mudah alihnya. Dia kemudian boleh melengkapkan tempahan dan menerima insentif tanpa mengambil penumpang.

A) Natta tidak sepatutnya memberi peranti mudah alihnya kepada mana-mana pihak ketiga yang mungkin akan “root”/”jailbreak”/memasang aplikasi pemandu Grab tidak sah kedalamnya. Penggunaan aplikasi sebegini adalah melanggar polisi Grab dan kemungkinan akan menyebabkan penggantungan kekal dan pelucutan baki kredit/credit wallet.

B) Natta meluangkan sedikit masa dan duit untuk memenuhi dan melengkapkan beberapa tempahan yang diberikan kepadanya kerana ianya tidak ditulis dalam Tatakelakuan Grab bahawa pemandu HANYA BOLEH memandu penumpang dari tempahan Grab.

C) Oleh sebab akaun kawannya tidak digantung, Natta tidak akan berdepan dengan penggantungan.
________________________


17) Adakah anda rasa perbuatan Ahmad dan Ali dibenarkan?

Ahmad dan adiknya, Ali adalah pemandu Grab separuh masa dibawah program Flexi. Ahmad dan Ali berkongsi kenderaan yang sama untuk memandu dengan Grab. Ketika Ahmad memandu untuk Grab, Ali kekal Offline didalam aplikasi pemandunya; dan sebaliknya untuk Ahmad apabila Ali sedang memandu untuk Grab.

A) Ya
B) Tidak
C) Mungkin
________________________

18) Dalam situasi apakah perbuatan Peter dibenarkan?

Peter adalah seorang pemandu Grab separuh masa dibawah program Flexi dan hanya memandu pada hujung minggu. Peter lebih gemar perjalanan jarak jauh (cth., tempahan di lapangan terbang). Dia selalu membatalkan atau mengabaikan perjalanan jarak dekat.

A) Peter melengkapi perjalanan tersebut tanpa mengambil penumpang.

B) Peter menerima tempahan tersebut dan kemudian membatalkannya.

C) Peter kekal Online dan mengabaikan/membatalkan semua tempahan yang diberikan kepadanya.

D) Peter perlu mengekalkan kadar penerimaan untuk AC/RC. Mengabaikan dan membatalkan tempahan yang diberikan akan menjejaskan pengalaman pengguna dan Peter sepatutnya menukar kepada Offline jika dia tidak bersedia untuk menerima pelanggan.
________________________


19) Adakah anda rasa perbuatan Natta dibenarkan?

Natta seorang pemandu Grab. Dia berjumpa dengan seorang rakannya yang juga seorang pemandu Grab. Dalam perbualan mereka, kawannya memberitahu Natta akan peluang untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan dengan pemanduan yang kurang. Apa yang perlu dilakukannya hanyalah membayar yuran dan menyediakan peranti mudah alihnya. Dia kemudian boleh melengkapkan tempahan dan menerima insentif tanpa mengambil penumpang.

A) Ya
B) Tidak
C) Mungkin
________________________


20) Adakah anda rasa perbuatan Priya itu dibenarkan?

Priya seorang pemandu Grab dan telah melengkapkan 10 perjalanan. Dia kemudian menerima SMS dari Grab mengenai bonus insentif baru – jika dia melengkapkan 15 perjalanan sebelum hari berakhir, Grab akan top up tambahan RM50 kepada credit walletnya. Priya risau dia tidak akan dapat mencapai sasaran kerana kesesakan trafik petang yang teruk, jadi dia memutuskan untuk menerima 5 perjalanan dan menekan “pick up” dan “drop off” untuk 5 perjalanan yang tinggal tanpa mengambil penumpang.

A) Mungkin
B) Ya
C) Tidak
________________________


21) Adakah anda rasa perbuatan Oliver itu dibenarkan?

Oliver mendaftar diri sebagai penumpang Grab untuk perjalanan hariannya. Baru-baru ini, dia juga mendaftar sebagai pemandu Grab. Kadangkala, Oliver akan menggunakan aplikasi penumpangnya untuk membuat tempahan dan menerima tempahan tersebut menggunakan aplikasi pemandunya supaya dia boleh mencapai kelayakan insentif pemandu.

A) Tidak
B) Ya
C) Mungkin
________________________


22) Adakah anda rasa perbuatan Kim dibenarkan?

Kim seorang pemandu Grab separuh masa dibawah program Ambassador dimana pendapatan adalah berdasarkan jaminan setiap jam. Pada 45 minit pertama, dia menerima tempahan dan menghantar penumpang ke tempat penurunan mereka. Pada 15 minit terakhir pula, dia akan kekal online, tetapi meminta penumpang untuk membatalkan tempahan yang diberikan kepadanya dan memberitahu mereka ianya kerana kesesakan lalu lintas.

A) Tidak
B) Mungkin
C) Ya
________________________


23) Dimanakah antara berikut tidak benar?

Jack mempunyai kereta lama yang tidak memenuhi syarat kelayakan Grab. Dia memutuskan untuk menyewa kereta baru untuk memandu dengan Grab sepenuh masa, dengan membayar jumlah sewa mingguan. Sebagai pemandu sepenuh masa, dia meliputi jarak yang besar dalam sehari dan lebih suka untuk ada wang tunai ditangan untuk membayar kos seperti minyak petrol dan jumlah sewa kereta. Kadangkala, apabila dia menerima tempahan GrabPay, dia akan mendesak penumpang untuk membayar tambang dengan wang tunai dan memberi jaminan bahawa tiada cas dikenakan kepada kad kredit/debit penumpang (dengan memasukkan RM0 dalam e-receipt).

A) Penumpang tersebut mungkin tidak sedar bahawa dia telah memilih untuk membayar dengan GrabPay dan secara sukarela membayar dengan wang tunai. Penumpang tersebut kemudiannya akan sedar bahawa beliau telah membayar dua kali semasa kadnya dicas, membuat aduan kepada Grab dan akan mengakibatkan akaun pemandu Jack digantung.

B) Jack akan dapat meyakinkan penumpang GrabPay tersebut untuk membayarnya menggunakan wang tunai kerana mereka akan faham akan situasinya.

C) Jack akan bergaduh dengan penumpang tersebut kerana penumpang tersebut akan menolak untuk membayar dengan wang tunai kerana kad kredit mereka akan dicas.
________________________


24) Jika Ahmad memandu untuk Grab, situasi apakah yang membolehkan perbuatan Ali?

Ahmad dan adiknya, Ali adalah pemandu Grab separuh masa dibawah program Flexi. Ahmad dan Ali berkongsi kenderaan yang sama untuk memandu dengan Grab. Ketika Ahmad memandu untuk Grab, Ali kekal Offline didalam aplikasi pemandunya; dan sebaliknya untuk Ahmad apabila Ali sedang memandu untuk Grab.

A) Ali kekal Offline kerana dia tidak bersedia untuk menerima penumpang. Ali tidak boleh menggunakan kenderaan lain kerana ini akan menjejaskan pengalaman pengguna dengan Grab.

B) Ali menukar kepada Online dan mengabaikan tempahan yang diberikan kepadanya.

C) Ali menggunakan kenderaan lain untuk memandu kerana dia sudah berdaftar dengan Grab.

D) Ahmad dan Ali sepatutnya ada kenderaan masing-masing dan bukannya berkongsi kenderaan untuk memandu dengan Grab.

1 comments:

Anwar Yakop said...

Ade jwapan x tuan untuk red education ni...x boleh track mane yg silap asyik dpt 22/24 je. terima kasih

Post a Comment