Wednesday, 28 March 2018

Selamat Datang Uber Ke Dalam Keluarga Kami

Tahniah kepada Grab kerana telah menjadi produk Asia Tenggara khususnya Malaysia yang berjaya membeli syarikat kongsi perjalanan e-panggilan antarabangsa iaitu Uber Asia Tenggara.

Banyak suka duka dan pengalaman manis bersama Uber. Kebanyakkan pemandu lama berasal dari Uber dan admin sendiri berasal dari Pemandu Uber sebelum mula sebagai grabhitcher dan pada tahun lepas, selepas grabhitching dimansuhkan oleh Grab atas peraturan SPAD, akhirnya admin menjadi pemandu Grab yang sah. Perjalanan admin tidak berhenti begitu sahaja, semasa mendaftar sebagai pemandu Grab, admin masih lagi memandu Uber sehinggalah admin bergelar abang sado pada bulan Oktober 2017 semata-mata untuk majukan Grab di Kemaman City!

Khabar angin pada bulan Feb 2018 yang mengatakan Grab akan membeli Uber telah banyak menjadi sindiran. Apabila ianya menjadi kenyataan, ramai yang terkejut. Ada yang sedih, ada yang marah tetapi yang paling gembira adalah pemandu Grab.
Sebelum saya teruskan, penting kita tahu bahawa pada 26 Mac 2018 sebaik sahaja Uber dimasukkan dalam pegangan saham Grab sebanyak 27.5%, Uber telah memberi cuti bergaji kepada staf mereka manakala staf mereka pula ditawarkan pekerjaan dalam Grab.

Nasib pemandu Uber pula terbela. Mereka yang memandu Viva akan kekal dengan Viva sehingga bulan Jun 2018, manakala semua pemandu Uber secara otometik menjadi pemandu Grab.

Dalam masa yang sama, Grab membuka borang rayuan menjadi pemandu Grab yang akaunnya telah disekat kerana kesalahan tertentu. Semuanya akan selesai pada tarikh Uber Asia Tenggara keluar dari Asia Tenggara pada 8 April 2018.

Nasib penumpang Uber? Mereka dipaksa menggunakan Grab memandangkan aplikasi Uber tidak dapat berfungsi sepenuh di Asia Tenggara. Mereka hanya boleh guna Uber di luar negara kecuali China. Kesan ketara, penumpang Uber tidak dapat lagi membandingkan harga tambang mana paling murah. Yang demikian itu, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan, Grab tidak boleh menaikkan harga tambangnya bermula hari ini.

Apakah kebaikkannya pada pemandu Grab setelah ini?
1. Ping bertambah kerana penumpang Uber beralih kepada Grab.

2. Masa menjemput dapat disingkatkan kerana ramai pemandu

3. Pendapatan semakin naik kerana penumpang semakin ramai.

Apakah keburukannya pada pemandu Grab pula?
1. Ramai pemandu di lokasi yang sama mengakibatkan ping lambat masuk. Solusi, jangan bertopok!

2. Banyak ping halus masuk kerana pemandu lain mengabaikan tambang kecil. Budaya pengabaian akan berleluasa.

3. Pendapatan menurun kerana semua pemandu berkumpul hanya pada satu lokasi hotspot.

Baiklah, adalah komisen akan dinaikkan?
Pada pertengahan Mac 2018, Grab telah membuka permohonan Ambassador buat kali terakhir. Ini bermakna, hanya akan ada pemandu 20-25 sahaja di mana selepas tarikh itu, semua pemandu membayar komisen 25%.

Komisen tidak akam dinaikkan walaupun pegangan saham Uber 27.5%. Secara logik, Grab bukan membeli Uber tetapi Grab membeli pelanggan Uber! Bahkan telah muncul jenama kongsi perjalanan yang telah tidur kini telah bangun kembali iaitu MyCar, Gabir, Jomride, Zepp On dan lain-lain lagi. Jika mereka berjaya memikat graduan, penduduk tempatan dan pelancong? Kemungkinan jenama ini akan menjadi saingan kepada Grab sekali lagi. Saya yakin pada tahun akan datang, program Duta Grab akan diperkenalkan semula.

Nasib insentif? Tiada nasib, insentif adalah hadiah dari Grab kepada pemandu yang berusaha di dalam talian selama mungkin dan pada masa yang samaz mengejar trip halus. Tak semua pemandu suka trip halus, trip grabpay, trip promo dan trip menaikkan penumpang yang jauh. Imbuhan ini akan dikekalkan demi menjaga kebajikan pemandu yang rajin.

Perubahan aplikasi?
Saya tidak menjangka akan berlaku perubahan pada aplikasi Grab. Yang saya jangkakan, mungkin akan berlaku banyak rombakan seperti cas pembatalan, cas menunggu, cas tengah malam dan lain-lain lagi. Tidak akan terjadi, Grab menjadi aplikasi Uber kerana Uber hanyalah pemegang saham yang kecil.

Nasib iklan?
Iklan seperti bill board, car wrap, flyers, bounting, booth dan event masih tetap diteruskan kerana iklan sangat penting. Lihatlah Air Asia, walaupun sudah kukuh tetapi masih lagi mengiklankan produk mereka sehingga Eropah. Kita dapat jangkakan, Grab akan menembusi pasaran Eropah kerana jenama Grab sedang hangat diperkatakan di sana.

Boleh tempah Uber melalui Google Maps lagi? Oh.. sama juga, sudah tentu tidak boleh lagi.

Adakah program kesetiaan atau hero tidak didendang akan dimansuhkan?
Sudah tentu tidak sama sekali. Walaupun pemandu bukanlah pekerja Grab dan Grab bulan majikan kepada pemandu, tetapi motivasi dan moral tetap menjadi keutamaan.

Adakah undang-undang Grab akan bertambah tegas dan sempit? Sudah tentu tidak, bahkan saya rasa ia akan dilonggarkan. Ketegasan dahulu adalah kerana, Grab mempunyai pesaing, yang mana pesaing tersebut sangat menjaga kualiti mereka.

Apakah kualiti pemandu grab akan menurun? Tidak juga, kerana sistem bintang dan perkadaran tetap kekal. Cuma mungkin ia lebih longgar berbanding sebelum ini.

Selamat datang pemandu Uber dalam keluarga kami.

Ini hanya adalah pendapat saya semata-mata dan bukan dari Grab. Terima kasih kerana sudi membaca.

1 comment:

  1. kereta viva sampai bulan jun je,rasa x adil mcm ni.. uber boleh pulak pakai viva

    ReplyDelete