Thursday, 5 April 2018

Jack Ma Alibaba Hendak Melabur dalam Grab?

Khabar angin tersebar bahawa Grab membeli Uber Asia Tenggara menjadi realiti. Kini tersebar berita Grab ingin meluaskan empayar dengan berkongsi rakan bersama Alibaba China. Grab kini bernilai USD 6 bilion.

Grab terdahulu dikecam netizen kerana melanggar akta persaingan dengan menjadi monopoli (hakikatnya tidak kerana masih wujud Go-Jek, Mycar dll). Mengenai pelaburan bersama Alibaba, Grab enggan memberi ulasan. Jurucakap Alibaba turut tidak mensahihkan berita itu. Alibaba dan Grab pernah mengadakan rundingan pertama mengenai pelaburan pada tahun lepas tetapi tiada kata putus kerana Jack Ma sibuk dengan pelaburan Tokopedia (berbetulan warna hijau, adakah Jack Ma sukakan hijau?)
Selain Jack Ma, Tencent (terkenal dengan WeChat) turut dikatakan berminat untuk melabur bersama Grab.
Sasaran utama selepas ini, Grab harus menembusi pasaran Eropah dan Amerika.

Grab Pay adalah punca minat kedua-dua syarikat gergasi Asia ini. Dijangkakan Grabpay akan menjadi setaraf Visa, Amex, Mastercard, Alipay dan seumpamanya. Khabarnya, Anthony Tan sedang merancang untuk menjadikan Grabpay sebagai salah satu institusi kewangan global setelah Bank Negara meluluskan Bayaran Tanpa Tunai (Lesen e-duit dan e-dompet) serta menawarkan mikro pinjaman Grab dan insurans Grab.

No comments:

Post a Comment