Friday, 18 May 2018

Bersedia Untuk Masa Hadapan Grabpay (Grabpay Future)

Singapura bahkan Indonesia telah lama melancarkan Grabpay sebagai transaksi tanpa tunai dalam urusan perniagaan antaranya membeli makanan, bungkusan, pengeposan, logistik, pakaian, pindahan tunai kepada keluarga serta rakan, dll.

Di Malaysia, Grabpay pertama kali dilancarkan secara rasminya pada 13 Disember 2016. Ramai yang telah manfaatkan Grabpay di Malaysia apabila menaiki Grab. Pemandu pula dapat mengurangkan jumlah baki simpanan tunainya sekaligus mengurangkan risiko pemandu Grab dirompak kerana pemandu tidak memegang tunai yang banyak.


Pernahkah anda mendengar istilah Grabfood, grabexpress, Grabrental, Grabcycle, Grab, Grabshuttle, GrabFamily dan lain-lain lagi?

Kelebihan Grabpay ialah, mendapat dua kali hingga lima kali ganda mata ganjaran berbanding tunai, contohnya 10 mata bonus ganjaran, selamat dan tak perlu fikir tunai apabila melanggan Grab.

Mungkin selepas ini grabpay akan menggantikan Visa dan Mastercard dalam urusan jual beli seperti berikut:

1. Kedai Keperluan Harian: 7-Eleven stores, Kedai Mesra Petronas dll

2. Restoran: Starbuck, Secret Recipe dll

3. Grab: Tambang kongsi perjalanan (ride-sharing), GrabFood (COD makanan), Grabexpress (hantar bungkusan), Grabrental (sewa beli kenderaan), Grabcycle (sewa basikal), Grabshuttle (bas dan van), GrabFamily (khusus untuk kanak-kanak) dan GrabBike (motorsikal).

4. Penginapan: Tempahan hotel melalui Agoda, Booking.com dll

5. Pengeposan: DHL, Skynet, NinjaVan, Pos Laju dll

Ini adalah satu perancangan masa hadapan bagi menggantikan kad debit sedia ada atau menjadikan transaksi Grabpay sebagai alternatif dalam sebarang urusan. Kita selama ini hanya didedahkan dengan Visa, Mastercard, Amex, Western Union, Android Pay, Apple Pay, Google Wallet, Skrill, Bitcoin dan PayPal.

Adakah GrabPay akan menjadi setaraf dengan jenama yang saya sebutkan tadi? Jawapannya Ya.

Grabpay akan mengalami perubahan di Malaysia dengan lebih besar skopnya seperti paywave, bezanya, Grabpay dilaksanakan secara berikut:

1. Melalui aplikasi grab

2. Skan kod QR (akan datang)

3. Grab Ekspress (akan datang)

Untuk menggunakan ciri-ciri Grabpay, Grabpay haruslah dipautkan dengan kaedah 1 bagi pemandu dan 3 bagi pengguna. Lihat cara transaksi Grabpay di Malaysia seperti berikut:
1. Tambah nilai e-pay: RM10, RM20 dan RM50

2. Perbankan Dalam Talian: Affin Bank, Am Online, Bank Islam, CIMB Clicks, Hong Leong Connect, Maybank2U, Public Bank and RHB Now

3. Kad dan e-dompet: MasterCard, Visa, American Express, AliPay and China Union Pay

Ringkasannya, Grabpay akan menjadi salah satu cara pembayaran tanpa tunai di Malaysia dalam tahun akan datang.


No comments:

Post a Comment