Thursday, 24 May 2018

Grab dan Maybank Ke Arah Satu Akaun Yang Sama

Kini telah termateri usahasama andata Grab dengan Maybank di mana ianya satu anjakan paradigma untuk kedua-dua pengguna perkhidmatan e-dompet yang terbesar di Asia Tenggara. Umum mengetahui, Maybank merupakan bank keempat terbesar di Asia Tenggara manakal Grab pula adalah rangkaian perkhidmatan awam di dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara. Kedua-duanya adalah terbesar di Malaysia!


Apa yang saya faham mengenai kerjasama antara dua pihak ini adalah di mana dengan terjalinkan usaha sama kedua-duanya, perkhidmatan e-dompet akan menjadi lebih mudah buat pengguna Grab manakala pengguna Maybank juga dapat manfaat dari itu.


Untuk yang kurang jelas lagi, gambaran awal GrabPay seakan-akan Maybank2u Pay dan QRPay yang mana GrabPay akan mampu dijadikan perantaraan jual beli dalam talian bersama Pedagang Utama Maybank (Visa, Mastercard, JCB, MepCash, Maestro, Easypay dan seumpamanya. Sebagai timbal balas, pengguna maybank juga dapat manfaatkan jual beli mereka ke dalam alat pedagang GrabPay.
Pernahkah kita membeli barang di Lazada dan seumpamanya, jika hendak memilih cara bayaran, akan keluar tetingkap timbul maybank? Ya.. itulah gambarannya, yang mana selepas ini kita boleh melakukan transaksi jual beli dan bayar bil dengan GrabPay.
Usaha sama dari Maybank ini juga pernah dimaterai bersama AliPay dari Ali Baba China dan kesan baiknya, ramai dari kita mampu membeli barangan dalam talian dengan negara China yang mana sebelum ini, ia adalah perkara paling mustahil!

Mungkin juga selain kita dibekalkan Pengimbas QR di dalam aplikasi Grab, kita juga akan memiliki Kad GrabPay atau mungkin di dalam kad debit/kredit maybank nanti terdapat logo GrabPay?

Kepada pemandu, kemungkinan dompet hutang tidak dipraktik dengan tambah nilai lagi kerana akaun GrabPay telah dipautkan dengan akaun Maybank.

Kesimpulannya, kepada pemandu hendaklah mempunyai akaun Maybank jika ingin terus memandu. Lagipun, Grab bakal memperkenalkan pengeluaran dompet tunai kurang 24 jam ke atas akaun Maybank sahaja.

Kepada pelanggan Grab pula, mungkin selepas ini anda tidak perlu membawa kad bank ke mana-mana. Memadai dengan telefon pintar, anda tidak akan bersendirian lagi dan tidak akan berlapar. Semuanya di hujung jari sahaja.

No comments:

Post a Comment