Sunday, 27 May 2018

Persatuan Pemandu Grab Malaysia Menjadi Solusi?

Beberapa isu telah timbul sejak kebelakangan ini mengenai nasib pemandu Grab. Mungkin ramai tidak endah kerana mereka adalah pemandu separuh, tetapi ramai juga yang amat khuatir lebih-lebih lagi pemandu sepenuh masa.
Isu ini timbul ketika tular kata-kata Tun M sebelum PRU-14 di mana ada petanda awal yang Grab akan dimansuhkan walaupun hanya dikatakan, akan mengkaji semula isu ini ketika ditanya oleh Pemandu Teksi di Langkawi.


Nasib grabber umpama telur di hujung tandok. Itulah perkataan yang sesuai walaupun Grab sedang berusaha menaik taraf Grab ke arah GrabPay dengan usaha sama beraama Maybank (rujuk topik saya yang lepas).

Terbaharu, Menteri Pengangkutan ketika didesak oleh Persatuan Pemandu Teksi agar dimansuhkan Grab, beliau membuat kenyataan, "ada perkara yang kita tidak boleh buat dengan segera", iaitu hendak melakukan perubahan serta merta haruslah kesemua masalah pemandu teksi selesai. Antaranya kereta buruk, tanpa pendingin hawa, meletakkan harga mahal, tidak menggunakan meter atau tidak bermeter, dan tahap keselamatan pengguna Teksi.

Bayangkan jika semua ini dipenuhi oleh Pemandi Teksi, masa depan 200k Grabber Malaysia memang goyah!

Jom kita berpersatuan. Untuk pemandu Grab, sediakan payung sebelum hujan. Keahlian ini tidak paksa, tidak wajib, cuma kalau mencecah 10k ahli, suara kita akan digeruni. Kononnya, keahlian masih lagi di bawah 200 orang.

Saya sarankan agar sahabat Grabbers semua dapat mendaftar menjadi ahli Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA) sebagai langkah awal menentang apa sahaja usul yang akan berbangkit dari kerajaan sedia ada sekiranya pakatan Persatuan Pemandu Teksi berjaya mempengaruhi kerajaan semasa.

Daftar sekarang sebagai ahli, biar suara kita menjadi satu.

Pendaftaran dengan yuran RM20 setahun. Kita perlu berpersatuan dalam keadaan genting sekarang. Pendaftaran ada di dalam pautan facebook GDMA. Harap maklum.

Isi borang di
https://grabdriverregister.formstack.com/forms/gdma

Atau ikuti facebook rasmi GDMA di
https://www.facebook.com/grabdriversmalaysia/


No comments:

Post a Comment