Monday, 28 May 2018

Waze atau Gmaps? Yang mana kena baiki?

Waze atau GMaps? Buat tatapan pemandu Grab Kemaman. Waze merupakan aplikasi terbaik namun di Kemaman, segala-galanya hancur. Untuk menjadi penyumbang peta Waze, kena melalui prosedur ketat atau akaun Waze akan disekat.
Manakala GMaps adalah sebahagian dari peta yang menjadi rujukan Grab. Seawal kemunculan saya di Kemaman, saya dapati peta Gmaps gagal 100%.

Kita tinjau dulu mengapakah GMpas penting untuk Grab.

1. Tambangnya berdasarkan jarak perjalanan jalan.
a. Jika tidak wujud jalan atau jalan lama tidak diperbaiki, sama ada tambang menjadi murah atau mahal. Biasanya murah.

2. Tambangnya berdasarkan POI ke POI, rumah ke rumah, rumah ke POI, POI ke rumah, jalan ke POI dan seumpamanya.
a. Jika tersalah POI, tambang akan murah/mahal. Biasanya murah
b. Jika tiada nama jalan, jalan bernama akan dipilih dan ini mengakibatkan lokasi penumpang menjadi salah (walaupun pax  location at XXXX diperkenalkan. Penjelasannya saya akan beritahu kemudian)

3. Kadar trafik diambil kira. Terkadang terdapat 3 pilihan jalan dan Gmaps akan memilih jalan yang terdekat jika tiada berlaku kesesakan trafik dan jalan alternatif jika berlaku kesesakan trafik pada jalan yang terdekat.

4. Kesalahan simpang-u, simpang yang telah ditutup, jalan yang telah ditutup adakalanya menguntungkan tetapi kebiasaannya merugikan pemandu. Ini realiti.

Padat dengan nama jalan. Sumbangan pemandu Grab Kemaman
Terima kasih kepada penyumbang nama jalan di Kemaman City!

Pemilihan Kadar Tambang
Kiraan tambang Grab Kemaman adalah lebih kurang RM1.00 bagi setiap KM selepas 700M yang pertama. Tambang asasnya RM4.00. Rujuk kiraan tambang berdasarkan gambar di bawah:


Di dalam gambar rajah ini adalah cetakan skrin tiga laluan yang akan Grab gunakan. Biasanya Grab akan gunakan jalan terdekat!.Maka jika kita rujuk kiraan tambang, Jarak C digunakan Grab untuk menilai tambang semasa menjadi RM7.00 (700M pertama RM4, tambahan 3KM menjadi RM3.00, jumlahnya RM7.00).

Jika Jarak A atau B digunapakai ketika wujud trafik, tambang akan menjadi RM8.00. Jikalau jalan sesak sehingga warna merun muncul pada GMpas pada laluan tersebut, cas tambahan RM5 akan dikenakan menjadi RM13.00.

Jarak A: 3.8KM = 10 minit
Jarak B: 4.3KM = 11 minit
Jarak C: 3.3KM = 12 minit

Jarak A adalah rasional dan saya mempraktikkan jalan itu berdasarkan Jangkaan Masa Tiba (Estimated Time Arrival - ETA) lebih cepat tetapi malangnya jalan tersebut bukan pilihan utama memandangkan jalan A tidak sesak dan bukan paling dekat, walaupun hakikatnya saya cuma boleh memandu bawah 50 km/j sahaja pada jalan C yang mana kemungkinan jika melalui jalan, mungkin saya akan tiba dalam 15 minit dan bukan 12 minit.

Itulah sebab mengapa jalan perlu dikemaskini supaya ianya tidak mengarut. Adakalanya ia menunjukkan kepada laluan lorong tikus kerana jalan tidak ditutup atau tidak diisytihar sebagai jalan tidak turap (unpaved road) atau mungkin tidak ditandakan sebagai jalan persendirian (private road).

POI Salah
Sangat besar kesannya jika kedudukan Tempat Menarik (Point of Interest) di kedudukan yang salah. Memang terkadang, agak sukar hendak membuang POI yang degil ini. Ada juga kes, POI berubah-ubah kerana kegatalan tangan orang awam. 
Kelemahan Gmaps ialah, POI boleh diubah sesuka hati, jika POI itu bukan bersifat teguh, ia dapat diubah oleh mana-mana peringkat (level). Inilah sebab mengapa pemandu Kemaman menjaga peta GMaps mereka. Lihat contoh di bawah akibat POI salah:


Kes ini, pemandu rugi. Ada kes, pemandu untung. Kebanyakkannya rugi.

Lihat gambar rajah di atas.
Kes 1: Gmaps 5.7KM, tambang RM10.00. Ini adalah tambang sebenar!
Kedudukan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail sebenarnya di kawasan Bakau Tinggi. Jika penumpang tidak meletakkan pada POI yang salah, inilah tambang sebenarnya.

Kes 2: Gmaps 2.4KM, tambang RM6.00. Ini adalah kesalahan pada POI.
POI ditandakan sebagai Sekolah Menengah Sultan Ismail 1. Hanya tanpa nama Kebangsaan, Grab akan menunjukkan kedudukan yang salah kerana kesilapan POI ini. Kami sedang berusaha membuangnya, tetapi sudah 2 bulan, ia masih di situ.

Pax Location At Location
Penumpang di lokasi adalah ciri-ciri baharu yang diperkenalkan pada awal Mei 2018 di mana setelah pemandu mengeluh kerana Grab hanya mencari kedudukan POI atau nama jalan semata-mata hingga mengakibat kedudukan penumpang jauh tersasar sehingga 100M atau lebih, akhirnya ciri-ciri ini menjadi pengubat duka. Malangnya...
Saya menggunakan telefon Redmi Xiaomi 5A. Tiada masalah tentang ini.

Faktor ketepatan Pax Location At XXXX boleh dipersoalkan. Ia mengambil kira faktor:

1. GPS
Jika telefon penumpang hanya menyokong A-Gps, dalam keadaan GPS sejuk-mula (cold start), ia akan memberikan kesalahan kedudukan.
GPS yang di dalam keadaan sejuk-mula adalah situasi di mana GPS tidak pernah dihidupkan melebih sejam. Ketika aplikasi Grab dilancarkan, pengguna harus menekan butang GPS. Di dalam 5 saat, akan terpapar lokasi penumpang. 
GPS yang hidup dalam dalam keadaan sejuk biasanya mengalami kesukaran mengesan lokasi. GPS perlu mengambil masa 10 saat hingga 30 saat untuk stabil sedangkan aplikasi Grab muncul kurang dari 10 saat. 
Telefon yang hanya menyokong A-Gps akan membawa kedudukan ke tempat yang salah atau ke tempat lokasi yang pernah diketahui (last known location). Jika lokasi terakhirnya di Kuantan, maka kedudukan sebenarnya di Kemaman tidak akan menjadi, sebaliknya ia menunjukkan lokasi di Kuantan!

Terima kasih kepada pengguna yang memiliki telefon jenis Apple versi 6 ke atas dan juga pengguna telefon pintar yang mahal yang menyokong sistem GPS hybrid seperti:

a. GPS dengan sokongan a-gps dan glonass

b. GPS dengan sokongan a-gps, Glonass dan BDS (paling murah, Xiaomi Redmi 4 ke atas. Jenama lain, cecah RM2K)

c. GPS dengan sokongan a-gps, Glonass, BDS dan Galileo (android dengan harga cecah RM2k atau lebih)

d. GPS dengan sokongan a-gps, Glonass, QZSS dan Galileo (Iphone 8 ke atas)

Hanya sokongan GPS di atas yang biasanya memiliki ketepatan yang mengagumkan!

2. Data 4G
Jika telefon rider tidak menyokong 4G atau kawasan penumpang tiada liputan 4G, kedudukan tepat akan melencong. Untuk Kemaman City, kami tidak memakai Telco yang parasit seperti UMobile, Onexox, Redone dan seumpamanya. Jika penumpang menggunakan telco parasit dan telefon yang tidak sokong GPS sekurang-kurangnya Glonass, hasilnya amat dahsyat sekali.

Contoh cetak layar pax location at XXXXXX

Kesimpulannya, pemandu Grab perlu bekerjasama untuk memperbaiki GMaps, dan bukan sekadar memandu dan menunggu ping. Bantuan sesama amat diperlukan. Bukan ingin menuduh, sebahagian kita cuma pijat atau parastit atau lintah. Cuma, jika ada masa, fokuslah pada GMaps dahulu. Ianya sumber rezeki kita.
Grab On!

No comments:

Post a Comment