Saturday, 2 June 2018

Apa Itu Monopoli?

Bukan Monopoli. Tak sesuai jika dikatakan Grab Monopoli. Jika TNB, Syarikat Bekalan Air, Astro, ya.. monopoli. Saya rasa terpanggil untuk menulis bab ini setelah Menteri Pengangkutan berhasrat untuk pecah monopoli e-hailing. Adakah beliau sedar kewujudan kongsi perjalanan yang lain?


Ciri-Ciri Monopoli 
Monopoli mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:


1. Pasaran hanya dikuasai oleh satu pihak saja

2. Produk yang ditawarkan biasanya tidak memiliki barang pengganti

3. Syarikat monopoli mempengaruhi harga produk kerana menguasai pasaran 

4. Kesukaran syarikat lain untuk memasuki pasaran 

Untuk perenggan 1
Jom tinjau beberapa aplikasi E-Hailing Di Malaysia.

1. Grab > 6 tahun
2. Ezcab > 1 tahun
3. Mycar < 6 bulan
4. Pick N Go
5. Mula
6. Quulo > 6 bulan
7. Jomride
8. DOB
9. Gabir 
10. Frenzt
11. Diff
12. Zepp On > 1 tahun


Kesimpulannya, Grab bukan monopoli.

Untuk Perenggan 2
Sama seperti perenggan 1, ada peganti. Cuma pemandu luar bandar sahaja tidak berminat mendaftar kerana kurang promosi dan tidak yakin dengan produk itu. Iklan kurang!

Kesimpulannya, Grab bukan monopoli.

Untuk Perenggan 3
Grab tidak menguasai harga tambang bahkan pesaingnya lebih murah dan ada yang lebih mahal. Tiada harga yang ditetapkan. Masing-masing bebas menentukan hala tuju kompeni mereka.

Kesimpulannya, Grab bukan monopoli.

Untuk Perenggan 3
Apakah syarikat lain sukar masuk pasaran?
Berdasarkan Muat Turun Unik pemandu dan penumpang (Penumpang Sebenar ditolak dengan jumlah Pemandu = Anggaran) di dalam playstore sahaja.
Kedudukan diletakkan berdasarkan jumlah pemandu dan penumpang tertinggi.

1. Grab (Tak pasti) >200K vs >2 Juta

2. Ezcab - 10K vs 90K

3. Mycar - 50K vs 50K

4. Pick N Go - 1K vs 9K

5.  Mula - 5K - 5K

6. Quulo - 5K - 5K

7. Jomride - 10K vs 0

8. DOB - 5K vs 0

9. Gabir - 1K vs 0

10. Frenzt - 1K vs 0

11. Diff - 1K vs 0

12. Zepp On - 1K vs 0

Ezcab nampaknya lebih masyhur di kalangan pengguna selepas Grab. Apa yang anehnya, Pick N Go mendapat tempat di hati pengguna walaupun kekurangan pemandu. Nisbahnya 1:9 iaitu menyamai Ezcab.

Adakah sukar memasuki pasaran? Mudah sahaja bahkan bercambah aplikasi baharu kongsi perjalanan e-panggilan. Hanya faktor pelabur dan modal menjadi penghalang. Contohnya, Mycar hanya mempunyai modal RM100K sahaja untuk menguruskan aplikasinya. Apabila hendak melaksanakan kemaskini baharu, MyCar meminta semua pemandu membayar RM40.

Kesimpulannya, Grab bukan monopoli.

Adakah Ezcab bakal menyaingi Grab? Ezcab bermula dengan promosi yang agak sederhana. Lain halnya dengan MyCar yang banyak memujuk penumpang Grab menggunakan MyCar. Ini adalah fakta berdasarkan repot pengguna Grab selepas khidmat dengan bintang antara 1 hingga 3 diserta komen, berasa tidak selesa dengan pemandu Grab yang mempromosikan MyCar. Antara strategi lain MyCar, mendakwa mereka syarikat Melayu (seperti UMNO??) menyebabkan ramai pemandu Grab terpengaruh dengan pujukan ini.

Bagi saya, jika kita tidak mempunyai modal besar untuk bersaing dengan syarikat yang telah lama bertapak, carilah pelabur! Wujudkan saham dan Lembaga Pengarah. 

Bukannya sekadar langgan dan bayar dari laman web agar menghasilkan aplikasi. Sebuah kompeni e-panggilan perlukan jabatan sendiri seperti bahagian teknikal, khidmat pelanggan, pentadbiran, sumber manusia, kewangan, strategi, insurans, pemasaran, perekrut dan seumpamanya. Agak aneh, laman web pun tidak dimiliki, bagaimana pengguna akan yakin dengan sesebuah produk itu? 

Ok, setelah membaca ini, adakah anda rasa Grab monopoli?

No comments:

Post a Comment