Wednesday, 6 June 2018

APAD Ganti SPAD - Apakah Jangkaan Yang Akan Berlaku

Tak perlulah saya membincangkan panjang lebar mengenai sebuah entiti baharu yang dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan diwujudkan bagi menggantikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

APAD Ganti SPAD - Apakah Jangkaan Yang Akan Berlaku.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah nasib Grab selepas ini. Ramalan banyak dibuat tetapi saya cenderung melihat dari sudut lain.

1. Mungkinkah JPJ akan meperkenalkan ujian pada pemandu e-panggilan?

Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura
Pada 1 Julai 2017, pemandu kongsi jalan perlu menghantar permohonan PDVL untuk permohonan skim pelesenan vokasional pada pertengahan tahun lepas. Jika mereka gagal, mereka perlu berhenti memberikan perkhidmatan.

Hasilnya, 23,900 pemandu gagal manakala hanya 60 % lulus. Sukatan pelajarannya ialah sistem mata demerit dan kesihatan.

2. Mungkinkah Ada Pelekat Kenderaan Persendirian?

Di Singapura, pemandu persendirian di sini perlu memaparkan pelekat pada cermin kereta mereka dari 1 Julai 2017. Pegawai penguatkuasa sentiasa memantau jika pelekat dialihkan atau ditanggalkan semula. Langkah melekatkan pelekat adalah untuk membolehkan mengenal pasti lebih mudah kereta sewa persendirian yang berdaftar, dan memudahkan penguatkuasaan terhadap kesalahan kereta tidak berdaftar (prebet sapu).
Pemilik yang mendaftarkan kenderaan mereka perlu membayar membayar sejumlah SD20.00


3. Insurans Perlindungan Kenderaan Akan Dikuatkuasakan?
Setakat ini, di Malaysia hanya syarikat MSIG yang bekerjasama dengan Grab.  Itupun terlalu terhad sehinggakan tidak boleh membuat tuntutan jika penumpang yang naik itu membayar penjalanannya.
Pakej e-hail e-zee telah dimansuhkan pada bulan Mac 2018 baru ini di Malaysia tetapi pemandu Grab masih boleh mendapatkan manfaatnya selama mana perjalanan itu tidak melibatkan penumpang yang berbayar tambang. Boleh tinjau  dari http://grb.to/msig

Berlainan di Singapura, Berjaya Sompo, MSIG, Etiqa dan Income telah bekerjasama dengan Grab Terbaharu, mungkin bersama Chubb Insurance.


4. Caruman KWSP dan SOCSO wajib? 
Setakat ini hanya caruman PERKESO sahaja yang ditawarkan untuk pemandu Grab sahaja. Itupun bersifat bayar sekaligus dan tidak wajib. Mungkinkah selepas ini, semua pemandu wajib membayar caruman PERKESO dan KWSP?

5. Teksi Wajib Bermeter dan Menggunakan Aplikasi E-Panggilan?
Kita sedia tahu, Grabtaxi dan EzCab menawarkan perkhidmatannya kepada pemandu teksi. Masalahnya sekarang, tidak semua teksi bermeter. Untuk bersaing dengan sihat, adakah teksi wajib bermeter jika tidak mampu menggunakan aplikasi ini? Kita tahu, pengguna tidak mahu tertipu dengan jumlah kadar tambang yang dibayarnya. Inilah punca mengapa pengguna perkhidmatan awam beralih kepada Grab.

6. Semua Aplikasi E-Panggilan Diharamkan?
Baru-baru ini, Turki telah mengharamkan semua jenis aplikasi kongsi perjalanan di negaranya kerana menjadi asbab kemarahan pemandu teksi dan juga kurangnya pendapatan pemandu teksi.
Adakah ia akan berjangkit di Malaysia? Tun M semasa pra-PRU-14 ada menyebut, akan mengkaji semula perkhidmatan Grab (amnya semua jenis aplikasi e-panggilan). Jika kajian itu adalah untuk memansuhkan, maka akan terbubarlah Grab dan pesainga seangkatan dengannya. Tetapi, sebelum bubar, mungkin perkhidmatan teksi akan dinaik taraf sehinggakan syarat minama kenderaan teksi mungkin berusia ltidak kurang dari tahun 2011 dan wajib bermeter. Adakah pemandu teksi bersedia? Sudah tentu tidak.

7. Tambang Minima Setaraf Teksi Atau Lebih Mahal?
Ada kemungkinan ini akan terjadi di mana, tambang Grab akan menjadi mahal seterusnya mendorong pengguna beralih kepada teksi. Siapa tahu?

8. PSV mungkin akan diwajibkan?
Mungkin PSV akan diwajibkan? Jika ini berlaku, mungkin separuh dari pemandu sedia ada akan melupakan kerjaya sebagai pemandu e-panggilan. Ini terbukti apabila Singapura melaksanakn ujian untuk pemandu kongsi-jalan, serama 60% sahaja yang tinggal, bakinya meninggalkan selama-lamanya alam pemanduan.

9. Wajib Selaras Cat Kereta?
Aduh, bertambah peninglah. Jika ini dilaksanakan, maka kita akan lihat ramai akan gantung kunci!

Kesimpulan
Apa pun yang akan terjadi, kita sebagai pemandu kongsi-jalan ini janganlah tertekan dan memandulah seperti biasa umpama pemandu Uber yang memandu sehingga ke detikan masa terakhir Uber meninggalkan Asia Tenggara.

Kita haruslah akur, kita hanya menyewa aplikasi untuk mencari sesuap nasi.

No comments:

Post a Comment