Wednesday, 27 June 2018

Keselamatan Pemandu Grab Terjamin?

Kebelakangan ini tular mengenai kematian pemandu Grab akibat dibunuh. Di Malaysia, ini adalah kali kedua melibatkan kematian di mana kalai terakhir ialah seorang pemandu Grab mati kerana serangan jantung di KLIA selepas menurunkan penumpang.

Kisah kematian Aiman Nosri (27 Tahun) menjadi tular dan kebanyakkannya membawa spekulasi bahawa arwah dibunuh oleh bangsa Afrika atau Negro (di kalangan pemandu Grab, mereka menggelar Mapren iaitu kata singkatan dari My Friend). Grab dan PDRM menggesa agar hentikan spekulasi ini kerana siasatan perinci sedang dijalankan. Nah, akhirnya sepasang suami isteri warga Myanmar yang terlibat dengan kes pembunuhan ini, menjerut mangsa di leher dan menekap mukanya. Arwah mungkin mati akibat lemas dijerut.Inna lillahi Wa Inna Ilayhi Ro-ji'un (from God we came, to Him we go back again).



Sementara itu, Persatuan Grab Malaysia telah berjaya memungut kutipan derma sebanyak RM528 (sehingga 27 Jun 2018) dan ianya terlalu sedikit berbanding derma pada negara.

Apa tindakan Kompeni E-Hailing?
Kesan dari peristiwa ini, MyCar mula memperketatkan pendaftaran pemandu dan penumpang iaitu sama seperti Grab ke atas penumpangnya, dengan kaedah pengesahan nombor telefon dan e-mail/facebook. Bayangkan dengan dua kaedah ini, pembunuh berjaya ditemui dalam tempoh kurang 72 jam. Demikian juga Jomrides, Dacsee, Quulo dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Frenzt pula mendakwa, mereka lebih selamat iaitu memperkenalkan ciri-ciri muat naik kad pengenalan atau passpot penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka.

Soalan yang timbul, mengapa Grab tidak meniru kaedah ini atau memperkenalkan kaedah Frenzt sejak dulu lagi? Jawapannya mudah.

1. Kongsi perjalanan, ibaratnya kita jumpa mat saleh tepi jalan dan kita tumpangkan mereka (hitching-a-ride). Adakah kita minta passport mereka?
Facebook juga telah menyekat pencarian profil melalui nombor telefon pada April 2018. Data pelanggan adalah rahsia!

2. Bas, Teksi, LRT, Komuter, KTM, Star dll. Adakah mereka minta Mykad/Passport penumpang agar mereka rasa selamat? Tentu tidak, bahkan agak aneh jika ini dilaksanakan.

3. Tempahan palsu? Pemandu teksi juga mengalaminya. Ia bukan isu, tetapi atitud diri seseorang.

Selamatkah Menjadi Pemandu?
Soalan ini sering ditanya. Sebenarnya pemandu e-hailing dilindungi insurans Great American (Grab sahaja) manakala kompeni yang lain masih sama-samar kerana baru sahaja beroperasi 2-3 bulan lepas. Tetapi, semua pemandu e-hailing telah dilindungi oleh kerajaan. Pada tahun lepas sekitar bulan Julai 2017, kerajaan memperkenalkan caruman PERKESO/SOCSO kepada pemandu Uber-Grab di bawah caruman pemandu teksi serendah RM154 setahun. Rujuk artikel saya di http://bit.ly/grabperkeso

Apa yang menjadi isu di sini, dari lebih 200,000 pemandu Grab di Malaysia, hanya sekitar 3000 yang melakukan caruman. Untuk kes Aiman Nosri, beliau tidak melakukan caruman!
Menteri Sumber Manusia berasa kecewa kerana pemandu e-hailing masih tidak mencarum PERKESO

E-hailing Dimansuhkan?
Tidak. Pada 28 Jun 2018 ketika artikel ini ditulis, Menteri Pengangkutan berkata, perkhidmatan e-panggilan kongsi perjalanan diteruskan setelah pada kelmarinnya, beliau umumkan akan ada berita buat e-hailing sama ada diteruskan operasi atau tidak. Ini satu petanda dan berita yang baik!

Apa tindakan Grab?
Nampaknya, Grab semakin kuat mempromosikan GrabPay sebagai kaedah pembayaran. Ianya selamat dan lebih selamat kerana pendaftaran GrabPay melalui bank. Selain itu ia mengurangkan risiko pemandu dari dirompak kerana membawa duit "pecah" yang banyak. Pemandu terpaksa menyediakan duit pecah sehingga RM400 kerana terdapat penumpang yang sengaja menghulurkan RM100 walaupun tambang RM4 dengan harapan, pemandu "menghalalkan" trip mereka.

Grab Majikan Pemandu?
Oh... salah tanggapan. Kita hanyalah rakan Grab sahaja. Kita melakukan perniagaan sendiri. Bila berniaga, apa sahaja jenis perniagaan, adakah kita akan tapis pelanggan kita?

Pemandu Grab hanya menyewa aplikasi Grab sebagai perantaraan untuk mendapat wang. Sebanyak 20-25% komisen ditolak bahkan diberi insentif atas kerajinan sehinggakan komisen sebenar yang ditolak selalunya bukanlah 20-25% tetapi di bawah 10% bergantung pada kerajinan. Penulis sendiri pernah untung tanpa tolak komisen jika dikira pembayaran insetif seminggu!

Menjadi pemandu e-panggilan ini ibarat berniaga, bagaimana layanan kita pada pelanggan sehingga pelanggan suka dengan perkhidmatan yang kita tawarkan. Ya, ianya bisnes dan selalunya bila bernama bisnes, pendapatan kita adalah hasil kerajinan kita dan layanan kita. Kesabaran sangat dituntut agar boleh bertahan lama dalam industri ini.

MyCar tak ambil komisen?
MyCar adalah kompeni baharu. Untuk menambat hati rakan pemandu sekalian, MyCar tidak memperkenalkan komisen dan hanya memungut RM40 yuran pendaftaran sejak dilancarkan. Bagaimanapun, dijangkakan pada bulan Julai 2018, MyCar akan mula mengambil komisen 10%.
Grab juga pernah melakukan perkara sama ketika awal pelancarannya. Ianya strategi pemasaran sahaja.

No comments:

Post a Comment