Tuesday, 5 June 2018

Persaingan Sihat Antara Grab-Mycar Kemaman

Oh Kemaman, apa pilihanmu? Saya telah buat beberapa tinjauan aplikasi e-panggilan kongsi perjalanan di Kemaman sejak kebelakangan ini setelah pemergian Uber.


Ada tiga yang wujud selepas 1 pagi hingga 6 pagi di Kemaman iaitu:

1. Grab Chukai (6 biji purata)

2. MyCar Kemaman (sebiji)

3. JomRides (dua biji)

Adapun, Ezcab Malaysia , Frenzt ID, Zepp On, Quulo dan lain-lain, tidak pernah wujud di sini. Ini kerana, ianya tidak mendapat sokongan dari pemandu. Syarikat ini lebih menumpukan kepada Lembah Klang berbanding luar Lembah Klang.

MyCar masuk setelah Uber Keluar

Jadi, apakah kelebihan MyCar dan Jomrides di Kemaman, bandar tercorot Grab?

1. Mycar: Semangat keMalaysiaan dan KeMelayuan selain semangat bersaingan dengan Grab walaupun sebahagian besar telah dinyahaktif kerana tidak membayar RM40

2. Jomrides: Sistem referral 10 orang yang agak lumayan. Lebih tertumpu pada referral sahaja selain syarat pendaftaran agak longgar berbanding Grab walaupun agak remeh. Maknanya, mereka ingin jana pendapatan melalui rujuk.

Survey
Saya juga membuat tinjauan, mendapati respon pemandu MyCar lebih positif berbanding Jomrides. Positif di sini bermaksud, ada tempahan asli, tempahan cuba-cuba dan tempahan palsu.

Persaingan sihat antara pemandu, perlu ada. Tidak perlu melekehkan mana-mana pihak kerana kita sendiri tidak menjangka BN kalah. Grab telah mengorak langkah ke arah GrabPay. Nasib e-hailing di Malaysia pun, tidak keruan dan masih menjadi tanda tanya.
Anthony Tan membuat persiapan awal iaitu kerjasama dengan Maybank.

GrabPay kini menjadi perniagaan tanpa tunai dan dijangka akan menjadi saingan kepada jenama tanpa tunai sedia ada di Malaysia. Sedangkan krisis e-hailing tetap berterusan antara pemandu teksi. Walaupun beberapa gesaan dibuat terhadap pemandu Grab agar menyertai persatuan pemandu Grab (GDMA), tetapi pemandu Grab terus leka dibuai ping.

Maka, persaingan sihat dituntut antara semua pemandu agar kita sebagai pemandu e-panggilan ini, tidak dipandang sebagai organisasi yang berpecah belah.

No comments:

Post a Comment