Thursday, 7 June 2018

Tambang Grab Kemaman Turun?

Isu hangat hari ini di mana pemandu merungut dengan penurunan harga tambang.

Semasa kami bermesyuarat iaitu sebelum Mac 2018 terdapat banyak siri perjumpaan bersama pemandu, banyak cadangan pemandu agar tambang dinaikkan di Kemaman. Mereka juga menjamin bahawa ping tetap ada bahkan semakin naik disebabkan pengguna Grab di Kemaman terdiri dari orang minyak dan anak kapal walaupun hakikatnya pada masa itu, mereka bukanlah pengguna dominan Grab di Kemaman. Setelah desakan bertubi-tubi, akhirnya Grab menaikkan tambang minima di Kemaman bersama Tambang Asas. Ini menjadikan tambang Kemaman paling mahal di Malaysia!

Orang Minyak Bukan Dominan
Setelah dilancarkan tambang baharu berbetulan dengan pemergian Uber, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kadar penggunaan Grab oleh orang minyak dan anak kapal tidak bertambah bahkan semakin menyusut kerana faktor harga minyak yang tidak stabil.
Sebaliknya, ping dari pelajar dan siswazah didapati semakin naik sehingga mereka merupakan penguna utama Grab di Kemaman lebih-lebih lagi UiTM Dungun, Politeknik Dungun, Kolej Vokasiobal Kemaman dan Ranaco Kemaman. Ini dapat dilihat melalui ping plot kawasan yang saya sebutkan di mana ping plot KSB dan Benteng semakin menyusut dan mengecil sebaliknya ping dari Kolej, pusat pengajian dan sekolah semakin membesar selain stesen bas Geliga dan Kemaman Centre Point.

Aduan Tambang Mahal
Oleh kerana terlalu ramai pengguna dari kalangan pelajar, mereka telah mengadu bahawa tambang Grab di Kemaman terlalu mahal!
Hendak pergi beli gula-gula RM1 tetapi terpaksa membelanjakan tambang sehingga RM16 pergi dan balik bahkan lebih. Maksud saya, 16 KM pergi balik bersamaan tambang pergi/sehala RM8 sedangkan jaraknya tak sampai 4 KM.

Kajian Perinci Untuk Turunkan Tambang Asas Kemaman
Faktor diturunkan tambang asas dari RM3 kepada RM1 mungkin banyak sekali tetapi sebab utamanya:

1. Kerana tambang Kemaman terlalu mahal. Ini adalah aduan dari pelajar, siswazah dan penduduk tempatan. Maka Grab melihat, ini satu tidak wajar kerana tambang Kemaman hampir menyamai dengan tambang di Kuala Lumpur kota Metropolitan! Setelah dikaji semula, akhirnya tambang minima dikekalkan tetapi tambang asas (base fare) dimansuhkan. Ini bermakna, 1 KM pertama adalah percuma untuk pelanggan Grab manakala untuk pemandu pula, hanya menikmati RM4.00 bagi 1 KM pertama.

2. Faktor persaingan sengit di luar jangkaan. Kebanjiran pemandu Jomrides dan MyCar di Kemaman setelah Uber meninggalkan rantau Asia Tenggara mengakibatkan pendapatan Grab di Kemaman menjadi agak mendatar dan statik kerana tiada penambahan pelanggan baharu setiap minggu bahkan tidak berlaku anjakan pada graf penggunaan mingguan Grab walaupun promosi telah diadakan. Pemandu Grab yang masih berdegil ingin memajukan MyCar dan Jomrides di Kemaman akhirnya mendapat berita buruk pada hari ini (7 Jun 2018)

3. Sebagai daya tarikan aidil fitri yang bakal menjelma serta daya tarikan kepada penduduk tempatan yang kini mendominasi penggunaan Grab di Kemaman berbanding tahun sebelumnya, hanya mendapat sambutan dari kelompok cari gali dan anak kapal sahaja.

4. Desakan Menteri Pertahanan agar tidak wujud monopoli sebaliknya persaingan sihat di kalangan semua perkhidmatan e-panggilan kongsi perjalanan. Grab telah membuktikan, dengan mengurangkan tambang asas di Kemaman bahkan di tempat lain juga, Grab bukanlah kompeni monopoli di Malaysia.



Berikut adalah jadual tambang Kemaman City semenjak pra pelancaran sehingga kini:

RM3 Base Fare
(20 Jun 2017- 4 Mac 2018)
RM3 Base Fare
(5 Mac- 6 Jun 2018)
RM1 Base Fare
(Bermula 7 Jun 2018)
Tambang Minima RM3
750M - 1.5KM = RM1
1.6KM - 2.5KM = RM2
2.6KM - 3.5KM = RM3
3.6KM - 4.5KM = RM4
4.6KM - 5.5KM = RM5
dan seterusnya.
Tambang Minima RM4
750M - 1.5KM = RM1
1.6KM - 2.5KM = RM2
2.6KM - 3.5KM = RM3
3.6KM - 4.5KM = RM4
4.6KM - 5.5KM = RM5
dan seterusnya.
Tambang Minima RM4
750M - 2.5KM = RM0
2.6KM - 3.5KM = RM1
3.6KM - 4.5KM = RM2
4.6KM - 5.5KM = RM3
5.6KM - 6.5KM = RM4
dan seterusnya.


Untuk kiraan yang lebih lengkap, boleh baca dalam sub-menu tambang grab Kemaman atau klik sahaja di http://myugdriver.blogspot.com/p/tambang-grab-kemaman.html

No comments:

Post a Comment