Saturday, 18 May 2019

Selamat Datang Gojek Ke Malaysia

Kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai sebuah syarikat e-panggilan terkenal di Indonesia dan di Asia Tenggara, karya anak bangsa Indonesia iaitu Gojek, akan masuk ke pasaran Malaysia selepas berbuat demikian di Singapura dan Vietnam.

Menurut Menteri Pengangkutan, pada bulan April 2019, Syarikat Dekakon yang bernilai lebih USD10 billion yang mana Jokowi pernah menghargainya dengan sebuah ucapan tahniah, telah menemui Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke bagi meminta keizinan untuk beroperasi di Malaysia secara sah sekaligus memohon Lesen Perniagaan Perantaraan (LPP) bagi melayakkan pengeluaran EVP kepada pemandunya di Malaysia.

Dalam pertemuan itu, Gojek dilihat sangat teruja untuk meluaskan lagi pasarannya di Malaysia sekaligus bersaing dengan kompeni Singapura tersohor iaitu Grab dan kompeni Malaysia yang berdaya maju iaitu MyCar.

Pada Julai tahun 2018, Gojek pernah dihalang masuk ke Malaysia kerana ia dilihat menawarkan perkhidmatan Ojek iaitu pengangkutan dengan motorsikal. Ketika itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengutarakan, adalah tidak selamat bagi perkhidmatan pengangkutan dengan motorsikal kerana kadar kemalangan terlalu tinggi di Malaysia.

Gojek juga bersetuju mematuhi peraturan 12 Julai 2019 iaitu semua pemandunya mestilah memiliki Lesen PSV, kereta dengan pemeriksaan PUSPAKOM dan mendapat EVP dan EKP.

Gojek dijangka akan bermula di enam bandar besar Malaysia iaitu:
1. Lembah Klang
2. Pulau Pinang
3. Johor Bahru
4. Melaka
5. Kuching
6. Kota Kinabalu.
GoCar mungkin akan menjadi MyCar?

Iklan seperti media sosial, media massa, papan iklan besar (billboard), kain rentang dan kertas edaran iklan akan mula dibuat sebaik sahaja mendapat pemandu melalui pendaftaran yang ditetapkan.

Gojek dijangka akan menenggelamkan banyak e-hailing di Malaysia kerana ia sebuah syarikat berdaya saing dan mempunyai pelabur mega bersiri. Gojek juga dijangka akan menawarkan insentif lumayan sebagai tarikan agar pemandu Grab dari Singapura akan beralih kepada Gojek seterusnya menguasai perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia.
Aplikasi Gojek dengan SuperApp pertama di dunia telah diciplak oleh Grab Singapura

Selain enam bandar tadi, Gojek dijangka akan beroperasi di bandar lain secara serentak iaitu di
1. Kuantan
2. Kota Bharu
3. Miri
4. Sandakan
5. Alor Setar
6. Langkawi
7. Ipoh
8. Kuala Terengganu
9. Tawau
10. Baru Pahat
11. Perlis
12. Negeri Sembilan

Impak dari 11 bandar itu akan memberi jangkitan kepada bandar di sekitarnya. Gojek juga akan menawarkan khidmat pesanan makanan di enam bandar utama.

Dijangka, penghijrahan besar-besaran pemandu Grab akan berlaku setelah setahun ditindas selepas memonopoli e-hailing di Malaysia tanpa diambil tindakan oleh Akta Persaingan Malaysia.


No comments:

Post a Comment